-->
s

15 Januari 2012

Yang terindah hanya sementara..

Hai u'olls. lama kan saya tak update blog ni.

Baru hari ni saya rasa saya dah cukup bersedia untuk update new entries pasal kami,
Saya tak akan delete blog ni sbb ni jela satu2 nya kenangan yang saya ada dengan dia,
semua kisah ada dlm ni & biarlah ia kekal mcm ni selamanya,
dan saya tak akan ubah apa-apa yang saya dah buat tentang kami sebelum ni,
saya tau ramai yang tertanya-tanya dan nak tau kisah sebenar nye kan?
saya tak akan cerita kenapa kami break,
cukup kalian semua tau yang kami sudah tiada apa-apa hubungan lagi..


And please, don't ever ask me why, i'm begging u..
Setiap kali kamu bertanya, setiap kali tu jugak hati sy akan terguris,


Saya tak sangka saya akan kecewa untuk kali ke-2,
dia lelaki kedua yang saya cinta selepas arwah,
dia telah membuka pintu hati saya & kini dia sendiri telah menutupnya kembali,
Apelah nasib saya kan.. huh.


Saya tak tahu mcmmana nak terangkan situasi sebenarnya,
Cuma saya berharap yang kalian tak akan sesekali menyalahkan dia sebab..

Dia seorang lelaki yang baik,
tak pernah saya dengar dia tengking saya,
walaupun saya selalu buat dia marah..

Dia sangat sweet, dia sanggup datang jauh-jauh untuk jumpa saya,
Pada dia, Seremban-shah alam mcm paroi-senawang je agaknya,
Dia datang UNISEL, nak amik saya bawak balik seremban,
tak pernah ada lelaki buat mcm tu dekat saya..
Sebab dia dah dtg jauh2, saya sanggup ikut dia balik :)
Tapi saya selalu ragu akan cinta dia pada saya..

Dia tegur saya kalau saya salah,
dia tak pernah menggunakan kekerasan yang dia ada,
dia tak pernah naik tangan dekat sy,
dia tak pernah tinggalkan saya kt tepi jalan,
Tapi dia selalu bergurau kasar, awk ingat sy bola ragbi ke? =)

Dia tak pernah berkira apa-apa dgn saya,
Kalau dia ada duit,
Mcm2 dia beli,
sume benda dia nak bayar,
Tapi sy selalu cakap "eh takpela, eh tak payah la"
sbb saya cintakan awak bukan sebab duit awak !

Dia layan saya dengan baik,
tipu kalau saya kata kami tak pernah bertengkar,
tapi selama saya kenal dgn dia,
dia selalu layan sy mcm tuan puteri,
dia tolong angkat air berbaldi-baldi sebab "rumah cheras" takde air,
tak pernah ada lelaki yang sanggup bersusah payah untuk saya. TERIMA KASIH AWK.
dia sanggup naik train sbb taknak bwk sy naik motor,
risau kan keselamatan sy katanya lagipun hari panas nnt hitam,
masa dia datang unisel amik saya bawak balik seremban,
dia pernah ckp "kesian syg, merah2 muka panas, aircond kete ni rosak"
tapi saya tak kisah kalau muka saya terbakar sekalipun,
sebab saya cuma nak susah & senang sama-sama dgn awak !

Saya suka gigit lengan dia,
sampai berkesan-kesan,
dia tak pernah marah,
saya selalu ejek dia "hitam",
dia tak bising pun,
Tapi sekarang, saya tak mungkin dapat jumpa dia lagi sbb saya dah pergi tinggalkan dia..
KEJAM KAN SAYA?..


Dia tau saya suka "bau" dia,
jadi dia akan bekalkan sehelai baju yang belum basuh utk sy,
walaupun dia kata sy pelik sbb tak pernah dia jumpe perempuan yang suka bau lelaki,
bila sy asyik sgt bau baju dia, dia akan ckp "dah2 la tu yang, g basuh baju tu, busukkkk!"
tapi saya tak basuh pun, biar la bau tu meresap satu bilik pun takpe sebab
baju & bau tu la yg akan jd peneman bila dia takde dgn saya,
tapi sekarang saya dah pulangkan semula baju dia, saya dah takde ape-ape..

Dia suka bila saya layan dia makan,
Dia suka bila saya sendukkan nasi, panggil dia makan, cedokkan lauk, tuangkan air,
lagi berselera saya tengok dia makan,
Dia tau sy tak pandai masak,
tp dia tak pernah ckp masakan sy tak sedap,
dia tetap makan sbb taknak kecilkan hati saya,
kerana dia la, saya mula belajar masak,
sebab saya dah pasang angan-angan nak masak untuk dia hari-hari,
tapi saya tau itu semua hanya mimpi..

Dia masih tetap pertahankan hubungan kami,
walaupun dia tau hubungan kami dihalang oleh abah,
Dia tetap sabar & tabah sbb dia nak jadi kekuatan saya,
Dia sanggup datang jumpa abah dan perkenalkan diri dia,
Saya tinjau dari jauh & waktu tu hati saya yakin sangat dengan dia,
Dia buat cinta saya pada dia semakin kuat sbb saya tau dia serius dengan saya,
tapi saya asyik cakap dkt dia, "abg ni mcm TAK SERIUS jela"..

Dia selalu cemburu kalau saya keluar dgn lelaki,
time tu la dekat 100x kali nak telefon, nak mesej sy sume,
sy selalu marah dia "nak cemburu sgt ni nape?",
tanpa sy sedar, dia buat sume tu sbb dia sayangkan saya,
dia takut sy akan pergi tinggalkan dia.

Kalau dia ada game jauh2,
dia mesti belikan sesuatu utk saya,
sy tau dia ingat dekat saya walaupun saya jauh
tapi saya selalu cakap yang dia lupakan saya..

Kalau dia main and ada live kt tv,
dia mesti msj/call sy bagitau, dia nak soh sy tgk dia main,
padahal sy dah awal2 lg tunggu depan tv,
dia penah ckp yg dia takkan bwk mana-mana awek pegi padang melainkan saya,
tapi saya.. saya selalu je takde dkt padang bila dia main..
saya cuma mampu wish dan call tanya result. tu je.. SAYA MEMANG TERUK..

Nak pilih kaler baju raya pun boleh bertekak-tekak,
asyik saya je nak menang,
saya tak pernah fikir tentang perasaan dia..

Saya suka bila dapat tau dia dah mula kerja,
bkn sbb saya nak kan duit gaji dia,
tapi saya nak tgk dia berdikari,
bila dia dah mula kerja,
dia jarang contact saya,
saya kesian tengok dia kerja,
tapi EGO saya tinggi,
saya mesti hantar msj marah-marah sbb tak contact saya,
SAYA TERUK.
sepatutnya saya cuba faham keadaan dia..

Dari apa yang saya tulis ni, saya harap semua faham, jangan salahkan dia, jgn bencikan dia sbb
DIA TAK BERSALAH, SEMUA NI SALAH SAYA..

Kepada awk yg pernah menyinari hidup saya:

Su dah lama maafkan abg, su tak nak berdendam dengan abg, su tak salahkan abg dan su tak marahkan abg atas apa yang dah berlaku lgpun kalau abg ingat su penah ckp "buatpe su nak marah dgn org yg su syg".. Su terima semua ni dengan redha, su tau mesti ada hikmah atas semua ni. Tuhan sedang menguji sejauh mana cinta kita, sekuat mana "sayang" yang kita pernah ucapkan dulu, su tak pernah anggap ada "jarak" yang memisahkan kita, pada su, kita semua sama je. Su tak pernah mintak lebih dr perhatian abg pd su. Su ikhlas terima abg seadanya, begitu juga harapan su pada abg. Su yakin dengan abg. Su sayangkan abg sebab abg dah ubah hidup su, abg jadikan su lebih matang, abg buat su jd tabah & sabar, abg juga dah buka mata su tentang masa depan.
Abang, keputusan abg mungkin ada betulnya dan mungkin ada silapnya. Kita semua pernah buat salah, tapi jangan kita ulang lagi kesalahan kita. Jangan kita tipu hati kita dan hati orang lain sebab sampai bila-bila bahagia yang kita rasa tak akan sama. Selangkah su keluar dari rumah abg, su mengharapkan abg datang dan tarik su semula tapi abg relakan su pergi.. kenapa?? Sehingga ke hari ini, su masih mengharapkan sesuatu, sesuatu yang tak mungkin berlaku. Memang su dah hilang dr hdup abg, wajah su, suara su, gelak ketawa su sume hilang dari pandangan abg, tapi su tinggalkan kenangan-kenangan kita utk abg supaya abg sentiasa rasa kehadiran su.. Su tak pernah menyesal beri hati su pada abg, malah su bersyukur sebab tuhan dah pertemukan su dgn abg. Su takkan lupa semua kenangan kita bersama, su hrp kenangan kita akan kekal dlm ingatan & hati abg. Su cuma nak abg tau, su tak pernah benci & buang abg dr hati su. Su tak mungkin akan lupakan keluarga abg, diorang sume su dah anggap mcm keluarga su sendiri. Su sentiasa doakan yang terbaik utk abg, semoga abg bahagia dan berjaya capai impian abg. Kalau ditakdirkan 1 hari nanti, abg jumpe pengganti su, jgn abg sia-siakan hidup dia, jgn abg kecewakan hati dia, sayangi dia setulus hati abg, kurangkan ego abg demi dia, buat dia rasa dia betul2 disayangi & dihargai. Su tumpang gembira bila abg bahagia. Maafkan su sebab selalu menyusahkan abg, membebankan abg, merimaskan, tak pandai jaga hati, tak pandai layan, tak memahami, keras kepala, degil & tak menghargai abg. Su tak dapat jadi yg terbaik utk abg. Maafkan su :'(



P/S: Ramai yang mengharapkan hubungan kita kekal, tak kurang juga yang mendoakan kita tp tuhan lebih mengetahui dan kalau memang kita ditakdirkan utk bersama, satu hari nanti kita pasti akan bertemu semula.. InsyaAllah


ditulis oleh SZ at 3:32 PG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Suraya Zainal Abidin

9 December 1990

Shah Alam

Diploma of Computer Science(Industrial Computing)

Bachelor of Computer Science(Software Engineering)(Hons)

Fedora Talent Agency
FOR THE REST OF MY LIFE, I WILL BE LOVING U, AMER HADAFI
Daisypath Anniversary tickers
"/>
MEH BERKENALAN..
Mohd Amir Hadafi

5 February 1990

Seremban

28.8.2010

Dia lah pengarang jantung buah hati dinda.
jeles ke? ada I kisah?
Walaupun dia ni :
Kepala Angin
Gedik
Keras Kepala
Ego
Suka Ejek I
Kuat Cemburu
Suka Datang Lambat
Memeningkan Kepala
Tak Pandai Pujuk
Menyakitkan Hati
Kuat Merajuk
Taknak Mengalah

Tapi I tetap SAYANG dekat dia(:

Nur Alisya Farhana

Muhammad Aidil Farish
Sayang Baby Ketat-Ketat
Zainal Abidin Ismail
Shahrina Isharudin
Suhaila Zainal
Afiq Zainal
Suryani Zainal
Farid Zainal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Famous story

  • Aku Dah Tak Tahan !
    Aku tak tahu pada siapa aku nak cerita / mengadu.. hari-hariku kini hanya bertemankan sepi.. tiada bulan tiada bintang.. hanya air mata s...
  • I miss your hugs and kisses when we are apart
    Rindu dekat abang sangat-sangat, lama kan tak jumpa =( rindu dengan lirikan mata abang, suara, sentuhan, ciuman, pelukan semua la..  Jadi.....
  • Terima Kasih Abang (1.44am)
    masa aku type entry ni, tangan aku menggeletar, air mata aku bercucuran. aku tak sangka yang aku akan diperlakukan sebegini, apa erti rin...
  • Saya Bangga Dengan Dia =)
    Saya bosan tahap dewa malam tadi, saje2 je la search nama sendiri kat Google, mana lah tau keluar gosip yg hangat-hangat ke kan (PERASAN...
  • peristiwa sedih antara aku dan dia..
    Kenapa la saya ni cemburu sangat..? dulu saya takde pun macam ni.. saya kene faham, abang tu agak "top" jugak, nak sgt yg hots...
  • 12.43pm Panggilan yg dinanti-nanti !
    Akhirnya.. dia call, aku tak pasti samada aku gembira atau sedih, ku angkat panggilannya, ku dgr suaranya, suara yang aku nanti-nantika...
  • bertunang dalam mimpi..?
    sebelum tidur, aku selalu berangan yang aku akan dapat mimpi yang indah-indah, sehinggalah aku terjerat di dalam mimpi ku sendiri, aku mim...
  • JUMPE BAKAL MERTUA =)
    18 JULAI 2011 - cik abang janji nak datang dating kt unisel hari khamis ( 21 JULAI 2011) . SERONOK gilak. takleh tido sebab tak sabar nak t...
  • Yang terindah hanya sementara..
    Hai u'olls. lama kan saya tak update blog ni. Baru hari ni saya rasa saya dah cukup bersedia untuk update new entries pasal kami, Say...
  • Cinta? Apa maknanya cinta??
    "Tuhan meminjamkan seseorang pada kita, ttp bila kita tak menghargainya, kita tak suka dgn pemberiannya, DIA akan mengambilnya kembali,...
  • ►  2010 (111)
    • ►  April (4)
    • ►  Mei (13)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  November (61)
    • ►  Disember (29)
  • ►  2011 (141)
    • ►  Januari (25)
    • ►  Februari (17)
    • ►  Mac (24)
    • ►  April (15)
    • ►  Mei (12)
    • ►  Jun (14)
    • ►  Julai (8)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  September (13)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  November (2)
  • ▼  2012 (1)
    • ▼  Januari (1)
      • Yang terindah hanya sementara..

My followers




Gratisan Musik
Tema Tetingkap Gambar. Dikuasakan oleh Blogger.
COPYRIGHT@SEGALA YANG TERCATAT DIATAS ADALAH HAKCIPTA TERPELIHARA SURAYA ZAINAL