dulu saya takde pun macam ni..
saya kene faham,
abang tu agak "top" jugak,
nak sgt yg hotstuff kan..
ha dah dapat, kene lah banyak bersabar..
dah jadi kebiasaan, ada je perempuan yang mesej la chat sesama la,
tapi saya kenalah faham,
tu semua kawan-kawan dia je,
tp kalau ada niat yg nak "lebih dr kwn" tu tak tau la kan..
saya tak pernah control dia mana dia nak pegi, nak chat ngn sape ape sume,
saya tak kisah tp jgn lah lebih2 sampai buat saya cemburu..
Kebetulan saya tgh datang bulan bintang,
mood asyik nak marah & nak merajok,
saya bengang abg tak contact saya,
tak reply msj saya,
katanya bateri dia abes..
saya terbaca komen dia hantar kt someone,
"eh lawa lah boleh ngorat tak?"
dia tak kenal pun perempuan tu,
perempuan tu ada kes lah dengan member dia,
perempuan tu tunjuk gambar lucah la bebagai.
jadi dia saje la kacau kt link perempuan tu, nak bergurau..
saya pun tau, takkan lah dia nak dgn perempuan macam tu,
tp hati ni cemburu sangat.. haishh
saya mendiamkan diri..
kemudian dia hantar mesej dkt fb
syg..sori sgt2..fon xleyh nak on
charger xde..abg kena tnggu mmber blk baru leyh.
pape syg cntct abg kat fb k.
tc..luv u dear
then saya hanya replycharger xde..abg kena tnggu mmber blk baru leyh.
pape syg cntct abg kat fb k.
tc..luv u dear
seronok mengorat? dpt tak? ke nak su tlg?
bermula lah aksi bertekak-tekak, mengamok & merajok..
kesian abang,
lama abang tunggu saya online,
sebenarnya saya mmg online pun,
tapi saya saje je tak tegor dia langsung,
sampai dia merajok,
pastu saya pun ungkit lah psl kejadian "mengorat" tu,
dia terus berubah,
macam marah pun ada,
geram pun ada,
terus dia hantar im,
syg tak phm la, syg kat mana..?tunggu sana, abg dtg sekarang.!
errr, tak sempat saya nak ckp jangan dtg cepat2 dia off
bertuah punya laki..!
saya punya lah cuak, dia nak dtg rmh.. argghhh tidak..!! dah pukul 11.30 malam dah ni..
saya call2 tak dpt,
akhirnya dia call guna public,
dia dah sampai & dia nak jumpa saya..
adoiii, sshnya nak bg keputusan..
macam mana nak keluar, dah malam ni, nak ckp apa kt abah..
arggghh tension nya, dgn proposal tak siap lagi..
lama dia tunggu sampai pukul 1 pagi,
saya call dia,
dia asyik cakap
syg taknak jumpa abg ke? kejap je.. manalah tau esok2 syg xdpt jumpa abg lagi..
lagi lah saya serba salah & susah hati,
terus tanpa diduga saya menangis sambil berkata
su sayang abg tau
dengan terkejut nya saya
dia membalas kata2 saya sambil menangis..?
abg pun syg sgt2 kt su
ya allah..
tak pernah ada lelaki yg bergelar "kekasih" menangis kerana saya,
saya terharu sangat,
tulus kata-katanya,
akhirnya sama-sama lah kiteorg menangis.. haha
abang kata
yang, boleh tak abg nak jumpa syg,
kejap je. dari jauh pun takpe yang.
abg berat hati nak balik selagi abg tak jumpa syg
saya betul2 tertekan masa tu,
saya tak tau nak ckp apa kt abah,
tp hati nak sgt jumpa sbb dia dah dtg,
tak pernah2 ada lelaki tiba2 dtg sampai ke rumah,
dia lalu lalang depan rumah saya,
tp dia takde lah panggil,
nak kene hambat dgn penyapu pukul 1 pg dtg rmh anak dara org. haha
dia lalu lalang depan rumah saya,
tp dia takde lah panggil,
nak kene hambat dgn penyapu pukul 1 pg dtg rmh anak dara org. haha
saya risau bila dia asyik sebut psl kot2 takleh jumpa lg,
tuhan je yg tau perasaan saya,
akhirnya saya hanya meninjau & melambai dia sambil menangis dr tingkap.
diulangi..! dari tingkap guys..! terseksanya perasaan kami masa tu =(
ya allah, sedihnya..
tu kalau buat drama, confirm penonton meleleh2 tgk.
impak dr peristiwa itu, saya terus demam..!!
Keesokan harinya,
saya tunggu abang masa lunch,
tapi dia tak datang,
dia datang masa saya balik keje,
akhirnya terubat kerinduan kami
saya hanya mampu tersenyum melihat wajahnya,
saya tak pernah rasa risau sgt2 kat seseorang mcmmn sy risaukan abg..
saya tak habis2 tanya,
abang, nape abg boleh terpikir nak dtg rmh su mlm2 buta bang..?
takkan psl kita bertekak tu..? mesti abg geram dgn su kan sbb tu abg dtg..
dia sempat berpesan
lain kali jangan buat abg menggigil lagi tau,
laju2 abg bwk sbb tak tau lah nak ckp cmner psl malam smlm tu
saya masih terpinga-pinga pasal kejadian yg sungguh menyayat hati tu..
![]() |
| Amer Hadafi & Suraya |
abang, su sayang sgt kat abang.. abang kurniaan paling indah yg pernah hadir dalam hidup su, dan selamanya cinta su hanya untuk abang.. semoga kita dapat bersatu & membina sebuah keluarga bahagia suatu hari nnt.. InsyaAllah


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.