apa yang aku dah buat ni?
aku dah menyinggung perasaan dia,
jahatnya aku..
kenapa aku tak boleh bersabar macam dulu?
kenape aku tak boleh pujuk hati aku mcm selalu?
kenapa ? kenapa ? kenapa ?!
kesabaran ada hadnya,
aku juga manusia seperti kamu,
ada hati & ada perasaan,
aku berhak rasa gembira, kecewa, bahagia & juga sengsara,
mungkin jiwaku terlalu sensitif,
tak setabah yang kau harapkan,
aku mudah rasa tersinggung,
aku mudah merajuk,
mudah memaafkan,
tapi sukar untuk melupakan..
egoku tinggi,
mungkin setinggi kamu,
tapi ku buang jauh egoku hanya keranamu,
namun sampai bila hati wanita ku dapat bertahan,
aku dah puas berpura-pura selama ni,
aku dah puas mengalah,
dah puas kecewa,
dah puas sengsara
apa lagi yang tak cukup?
aku berlagak gembira walaupun hatiku menangis,
aku mengalah walaupun hatiku kecewa,
aku memaafkan walaupun hatiku terluka..
dan perlukah aku mengalah lagi?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.