saya penat sungguh harini,
tapi saya gembira sangat =)
disebabkan store opening (giant kemuning utama) ni lah saya belajar buat part time.
sebelum ni tak pernah !
sebab saya rasa penat la & malas nak buat kerja lebih.
tapi bila dah matang sikit, baru saya sedar susahnya hidup ni,
susah nak cari duit, kene kerja lebih masa, buat part-time lagi,
at least saya tau mana arah tuju hidup saya,
walaupun penat, tapi duit yang saya dapat tu halal.
kalau lah staff kat office tu tak offer kat kiteorg,
sampai bila la saya tak pandai jadi cashier. hihi
seronok jugak jd cashier,
dlu masa kecik-kecik main mainan jual2 je (perasan konon2 jadi cashier)
tapi harini, 1st time saya pegang counter cashier tu.. hahaha
1 jam kerja rm 10, saya kerja 9 jam dapatlah rm 90.
cukuplah untuk harini,
kalau ada rezeki next 2 weeks maybe nak start buat part time dah..
kali ni buat 10 jam pulak..
badan penat, mata lebam, otak kembang, kaki kebas tapi pengalaman luas =)
tak paham saya bila tgk ramai remaja-remaja yg duduk melepak takde buat pape,
kalau kerja kan dapat lah duit sikit, masa pun terisi,
bangga saya tgk budak-budak sekolah(form4) kerja kontrak dgn giant selama sebulan,
at least budak-budak tu tau nak cari duit sendiri,
takdelah terumbang-ambing melepak sana sini..
disebabkan ni new store opening jadi ramai lah staff dr HQ&HR turun padang(termasuklah saya & tyna)
nampak banyak pulak muka-muka yg selalu tgk kt office, harini tgk kat giant jd cashier/packer..
and the best part is bila mamat yg saya selalu usha-usha tu pun ada jugak !
waaaaa, terus bersemangat saya satu harini. haha
mula-mula saya tak perasan dia,
saya nampak dia lalu, saya pun usha la dalam hati kata,
"mcm pernah nampak mamat ni, hensemnya"
sekali tyna cakap
" suuu!! itukan mamat yg kau suka tu!"
"ha'ah la, patutlah mcm penah nampak(sambil senyum2)"
tetibe je bulu roma saya meremang bila dia lalu belakang saya,
betapa kuatnya effect dia,
aura dia mawi pun kalah.. muahahha(gelak jahat)
dahlah hensem,muka bersih, putih, badan tough, paling tak tahan bau perfume dia!
dah lah saya cepat tergoda bila bau perfume neyh.. adeyyyhh..
aisehhmen, kat office jumpa kat store opening jumpa..
macam ada tanda je neyh. hahaha perasan lebih ni.. wakakaka
mamat yang tyna usha pulak bkn main baik lagi dgn saya,
dtg kat counter saya siap borak-borak,
daripada tak kenal terus rapat,
daripada usha-usha terus bertentangan mata,
tanpa saya sedari,
rupa-rupanya tyna sedang mengusha kami dari jauh,
sebab dia tak satu counter dgn saya, dia selang 2 counter,
dari jauh, saya nampak dia senyum2 sambil angkat-angkat kening,
dia pun buat saya tak tahan, bau perfume macam amar! *shit
saya ingatkan dia lagi muda sbb muka jambu giler rupenya dia tua 2 thn dr saya,
dia kata :
"mcm pernah nampak awak lah kt HQ, kt IT dept kot, org HQ kan?"
"ye2, eh saya pun selalu nampak awak kt HQ jugak, tak sangka jumpa kt sini pulak"
kuang3x, ada jugak orang perasan muka aku. hahahahahha
ni tangan dok sebok masukkan barang dlm plastik, tp mata dok melilau-lilau cari mamat hensem tu,
cari punya cari, sekali terbau perfume, macam kenal je bau ni,
saya toleh rupenya dia kat sebelah, terus menggeletar, rasa mcm nak pitam je..
apa yang saya buat terus jadi serba tak kena,
nak mskkan barang dlm plastik pun jadi lambat,
semuanya kerana dia!
bila dia dah blah, baru la saya boleh fokus dengan kerja saya,
counter dah lengang sikit, barulah saya boleh duduk2 kejap,
OMG! dia lalu & guess what? Dia senyum kat saya!!!
kali ni saya betul2 rasa nak pitam dah. SERIUS!
saya pun senyum lah selebar-lebar yang boleh. *ngeeeee
sedar tak sedar rupe-rupenya dah pukul 6, cepat btl masa berlalu,
mugkin happy sangat sampai tak rasa penat pun,
dah balik rumah barulah rasa kaki ni mcm nak tercabut,
agaknya malam ni mesti tido lena =))))))
oklah guys, sampai sini je ceritanya ok,
saya penat dan mahu ZZZZzzzz.
p/s : Goodnite.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.