14 december 2010
Sekali lagi aku bangun dengan penuh harapan,
harapan yang tak pernah pudar,
sejak kali pertama aku mula bekerja,
hingga ke hari ini..
Namun,
penantian aku hanya lah satu penyeksaan,
esok genap sebulan aku bekerja,
kehadiran dia hanya satu mimpi,
mimpi yang takkan pernah menjadi kenyataan..
Aku betul-betul berharap akan kehadiran dia,
aku menelefon dia berkali-kali,
mesej juga telah dihantar kepadanya,
Malangnya..
panggilan ku tak berjawab begitu juga dgn msj yg diberikan juga tiada balasan,
tapi aku tak putus asa,
aku cuba tenangkan hatiku,
"mungkin dia dtg mengejut kot, nak buat suprise"
Aku mencari-cari wajahnya,
TIADA..!
aku menanti panggilannya,
TIADA..!
Waktu itu,
hanya tuhan saja yang mengerti perasaan ku,
aku begitu kecewa..
aku menangis di dalam hati,
aku hampa..
Kenapa dia sanggup buat macam ni?
jauh sangat ke perjalanan?
lama sangat ke nak sampai?
susah ke nak cari jalan?
Kalau aku dr shah alam boleh sampai ke putrajaya & cyberjaya,
tak puas hati? nak lagi dekat?
ok ! dr Bestari Jaya ke Melaka yg mengambil masa berjam-jam pun aku boleh sampai,
kenapa dia dr kelana jaya tak boleh sampai ke shah alam???
Ye, jauh kan shah alam?? su faham..
9 DECEMBER 2010
besday aku..
pertama kali aku sambut besday yg aku sendiri macam tak percaya,
besday aku ke harini?
aku tak rasa gembira..
dia bukan org pertama yg wish..!
tak mcm couple2 lain,
sebelum pukul 12 dah wish awal-awal,
keesokan harinya baru dia wish itupun aku yg call,
sbb dapat call free,
Dia tak pikir ke perasaan aku?
aku sabar kan je,
aku diam,
aku "cuba" lah nak faham keadaan dia,
taknak ambik ati sgt,
aku ingatkan dia akan datang,
takde pun,
keesokannya?
juga tiada..
Dia kata
"lepas abg habis game kt taiping ni, abg dah free dh, bolehlah abg jumpe syg"
aku gembira sangat,
hati aku berbunga-bunga,
banyak kali aku tanya
"bila abg nk balik?"
Sehingga lah hari yg dia kata dia nak dtg,
tp dia suruh aku kejutkan dia dulu,
aku tak sabar sgt..
aku call kejutkan dia,
rupanya dia dah bangun,
& otw nak pergi KL, katanya ada hal nak kene settle..
mana janji-janji dia???
aku ni tunggul ke??
aku tipu dia,
aku kata aku pegi makan dengan "mamat putih",
sebenarnya takde pun,
mungkin sbb tu dia marah sampai harini,
tp kalau di fikirkan balik,
siapa yg patut marah??
aku atau dia??
hati aku yg sakit ni macammana?
Aku terbaca komen dia dekat fb,
dia kata dia akan dtg harini (selasa) bersama hadiah sekali..
aku tak kisah pun pasal hadiah, aku cuma nak dia je!
sekali lagi aku menanti dgn penuh harapan,
tapi..
dia tak datang...
Kini,
aku tak lagi berharap,
dah banyak kali aku mengalah,
dah banyak kali aku jaga hati dia,
bila aku terasa dgn dia,
dia buat tak tahu je last2 dia pulak yg buat2 merajuk la ape la,
aku pulak mcm bingai pegi pujuk mintak maaf pe sume,
heyyy suraya..!
sampai bila kau nk macam ni,
asyik kau jaga hati dia, hati kau macammana????
sudahlah..
aku tak mahu menyusahkan dia,
biarlah dia bahagia dengan kehidupan dia..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.