Cuaca mendung seakan mengerti apa yang tersirat dihatiku,
sepintas lalu ku teringat akan dirimu,
setiap kali aku melalui jalan itu,
ku terasa seakan kau memanggil aku..
Hari demi hari,
aku tabahkan hatiku,
biarpun ada insan lain yg menggantikan tempatmu,
namun jauh disudut hatiku,
kau masih berada disitu..
Bila aku keluar dari rumahku,
akan aku lalu di kawasan rumahmu,
lantas ku teringat kenangan-kenangan indah kita bersama,
berada disampingmu adalah hari terindah ku,
menatap matamu adalah kebahagiaanku,
kau pembakar semangatku,
kau kehidupanku..
Apa jua yang aku lakukan,
kau pasti berada disampingku,
tak putus-putus memberi dorongan & semangat,
bila aku bersedih,
kau tidak pernah berhenti untuk mencariku,
berusaha menghubungi aku,
dengan apa jua cara sekalipun,
aku senang berada disampingmu,
kata-katamu puitis,
jiwamu romantis,
aku suka caramu,
cara kau memujuk ku,
kau berlainan dengan lelaki-lelaki yang aku kenali,
kerana kau memahami perasaanku,
aku tak pernah bosan denganmu,
kerana kau pandai mengambil hati aku & ibu bapa ku..
walaupun jauh di sudut hatimu,
bukan aku seorang yang kau cinta,
namun aku redha,
ku bawa hatiku jauh darimu,
hati yang telah kau kecewakan,
kerana dia..
suatu hari,
hatiku tertarik untuk pergi ke restoran di kawasan rumahmu,
naluri ku kuat mengatakan kau berada disitu,
hampir setahun aku tak melihat dirimu,
entah kenapa mata ni tak henti-henti memandangmu,
kau tersenyum padaku,
tapi tidak ku balas senyumanmu kerana aku terpaku melihat wajahmu,
aku ingin mengatakan sesuatu tapi tak terluah kata-kataku,
aku melihat kau berlalu pergi,
sambil hatiku berkata,
aku gembira melihat kau bahagia..
2 minggu selepas itu,
aku terima panggilan dari teman rapatku,
hatiku jadi tak tentu arah,
aku seperti dapat merasakan sesuatu,
"su, edy dah takde, dia meninggal awal pagi td, excident motor"
lantas,
badan ku menjadi lemah,
mataku berpinar-pinar
aku terduduk di tepi katil,
terlepas telefon bimbit dr gengamanku,
terbayang senyuman terakhir mu 2 minggu lalu,
sekilas ku teringat akan dirimu,
segala-galanya tentang dikau berlegar-legar difikiranku,
aku seperti hilang punca,
bagaimana aku nak meneruskan hidup ini tanpamu?
aku jadi tidak keruan selepas itu,
lama aku menyendiri dan menyepi,
masih ku simpan nombor mu di hp ku,
aku tidak boleh lalu dikawasan rumahmu,
ada kalanya aku tercari-cari & tersasul menyebut namamu dihadapan adik & temanku,
"ey mana edy, lama tak nampak dia"
aku seperti separuh sedar & hatiku terlalu kuat mengatakan dia masih ada,
mereka terkejut & berkata kepadaku,
"su, kan edy dah meninggal.. mana dia ada kat sini lagi, lupakan dia su"
terus aku terdiam & mengalir airmata di pipiku,
aku tidak boleh terima kenyataan yang kau telah tiada,
namun aku tidak boleh menyalahkan takdir tuhan..
Sebelum tidur akan aku sedekahkan al-fatihah kepadamu,
& kau selalu hadir dalam mimpiku,
tanpa ku sedari, aku menangis dlm tidurku sambil menyebut namamu,
ku rasakan seperti kau ingin menemuiku,
lalu aku datang ke pusaramu,
dan selepas itu,
kau tidak lagi muncul dalam mimpiku,
sukar untuk aku melupakan dirimu,
kerana kau adalah cinta pertamaku..
Kini,
aku telah menemui penggantimu,
walaupun dia tidak sepuitis kamu,
tidak pandai memujuk aku seperti cara kau memujukku,
namun aku gembira & aku pasti kau juga gembira melihatku,
walaupun dari jauh..
Ketahui lah wahai kekasih,
aku tidak pernah melupakanmu,
lagu-lagu yang kau tujukan padaku dulu,
sentiasa aku mainkan sehingga kini,
bila aku teringatkan dirimu
hanya doa yang mampu aku berikan padamu..
semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.
Aminnn.
~Al-fatihah~

Sabolah sue ..
BalasPadamsedih aku bace nukilan kau ...
semoga die ditempat kan dgn owg yg beriman ..
ALFATIHAH !