spa SZ nak tek ober pulak (takeover)..
siapa setuju sila angkat tangan macam saya *gayakan tangan anda seperti usop wilca*
Spa SZ bermule dirumah ye. haha
SZ tengah kering sekarang,
tak mampu pegi spa nak buat facial ke sauna ke kan,
dulu SZ selalu pegi spa dekat seksyen 7, shah alam
ni tongah takdo duit,
den poie spa seksyen 27 yo yg kek atas bukit tu no 24..
ha datang la yo..
nak raso sauna,
duduk dalam bilik time tongah paneh2 tu ha toksah pasang kipas,
tu kiro cam sauna la jugak tu.
sauna save bajet namo ea.
Cara-cara nak buat facial versi SZ :
1. Korang cuci la muka korang bersih2 pakai pencuci muka korang sendiri, ape-ape brand pun boleh, macam SZ, SZ gune garnier Pure scrub.. memang best pakai pencuci muka ni sbb segala kotoran akan tanggal memandangkan dia ada scrub.. rasa lebih bersih..
2. Pakai mask, ada banyak mask jual kat kedai. Korang pilih je yg mana satu, yg ada timun ke yg ada avocado ke ape2 pun bantai je la. Agak2 menggerutu kulit tu jgn cari SZ pulak. haha. SZ pakai yg ada avocado & oatmeal, dah pakai mask ni, biarkan dalam 10-15 minit bagi dia kering. nakkan kesegaran yang lebih korang letak la timun kat mata.. baru syok sikit.. timun tu letak dalam peti ais dulu bagi sejuk.. segar mata korang.. tak caya? cube la.
![]() |
| Muka mintak penyepak ! timun dah abis kene makan. HAHAHA |
3. Lepas tu cuci bersih2 pakai air suam (air panas+air paip).. bukan cuci2 camtu je, gosok pakai kain tuala.. jangan tuala yg bulu kasar, kang berbirat2 muka. Perah kain tu pastu gosok2 kat muka, kasi tanggal segala kulit mati ke bintik2 hitam ke ape2 je la yg ade kt muka tu.
*Kalau parut2 kekal+parut2 jerawat batu tu tak dapek la den nak nolong. hahaha
4. Dah cuci bersih2 muka tu pakai la bedak sejuk bagi gebu sikit muka tu. haha. gebu ke? bantai je!
tepek banyak2 baru rasa cam pakai botox. nak cakap takleh, nak senyum takleh..
![]() |
| Ni kalau malam-malam terserempak dgn SZ mau pengsan. |
5. Selesai segala benda korang dah tepek, korang amik 1/2 ais batu yg kecik2 korang gosokkan ke sekeliling muka.. Tujuannya untuk menutup kembali liang-liang roma yang terbuka.. Ni part paling SZ suka, muka rasa kembang dek kesejukan..
6. Dah kembang2 tu, korang rilek2 dulu bg hilang sejuk pastu pakai la penyegar muka. Titiskan penyegar kat kapas then sapu la kt muka.. Hasilnya korang akan rasa segar dan berseri-seri =)
Gambar yang tengah-tengah tu tak termasuk dalam sesi facial ye, tu sesi pengurusan badan.. Sape yg rasa diri tu dah kurus takyah la makan pil ni takut memudaratkan.. SZ dah rasa effect dia.. pehh memang tak tahan tp pil ni berkesan. Seriusly dulu berat SZ 55kg tp sekarang berat SZ 51.3kg shj! walaupun SZ tak dibenarkan lagi makan pil ni, tp SZ ttp makan sorok2 sebab masih tak dapat berat badan yang ideal..
Agak-agak dah kurus cam didie alias nnt SZ berhenti la. hahahahah




Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.