tajuk pun tak pernah dengar walaupun citer ni dah start ditayangkan,
antara pelakon2 yang ada dalam citer ni azhan rani, sara ali, ebby nadzri, yasmin hani, farid kamil, beto khusyairi, aleza shadan, mak wan & ramai lagi..
Call time : 10am. Location : Hospital kajang (KPMC)
dah la aku sorang2.. menci tau.
yang lain pegi set "prebet jamilah 2" dekat KPTM bangi,
dorang drop aku & ckp "bye2 su"
rasa nak nanges je!
macam orang bangang pulak aku kt KPMC tu,
dahlah aku ni pemalu+penakut.
teringat citer Seniman Bujang Lapok,
ha sebijik la aku dgn si sudin tu,
berapa kali aku pegi toilet asyik nak terkucil je,
cuak punya pasal..
aku duduk kt lobby KPMC tu sambil tunggu illan abdullah datang,
![]() |
| Illan Abdullah : Manager/Founder of Fedora Talent Agencies |
masa tengah tunggu dia,
then ada sorang auntie (umur dalam pertengahan 40-an) datang tegur aku,
orangnya ramah & tak lekang dengan senyuman,
"dik, berlakon kan? adik naik atas dulu la make up kat tingkat 1"
aku pun naik la bilik yg dia ckp tu,
bilik tu mcm bilik pesakit la,
ada katil,tv, bilik air sume,
aku pun ddk atas kerusi,
dalam bilik tu masa tu ada sorang je,
dia tgh baring atas katil,
aku ingatkan sape la,
rupenya Sara Ali,
![]() |
| Sara Ali |
aku bukannya kenal sangat pun dgn Sara Ali ni tapi aku salam la jugak,
tak manis lah masuk2 tak salam orang,
dia ada berlakon dalam citer Nur Kasih The Movie, Penunggu Istana dan mcm2 lagi tapi aku tak tau cite ape..
Pastu,
make up artist masuk,
ada 2 orang, dua2 bapok.
yg sorg ni friendly giler, tak kekok dgn dia,
yg sorg lg ni pendiam skit ape dia ckp pun aku tak paham sbb gigi depan dia takde,
walaupun dia macam tu, jgn main2 nokkss, ada love bite tu, mengancam !
Tak lama kemudian,
abg azhan masuk (azhan rani) & bersalaman dgn kiteorg,
![]() |
| azhan rani |
yg ni mmg aku kenal la sebab aku selalu tgk dia dalam tv,
dia duduk sebelah aku, aku rasa cam mimpi je masa tu. wakakaka
besar jugak abg azhan ni, tinggi & tegap tapi lengan dia takde muscle. hehe
aku nampak sebab dia tukar baju depan kiteorg, aku pun curik2 la pandang, bkn selalu dpt tgk.
abg azhan tu kuat melatah,
mcm pelik je bila lelaki melatah, selalu perempuan yg melatah,
tapi dia mmg sempoi & kelakar,
tengok muka mcm serius rupe2 nya dia tu funny jugak..
ada 2 org la artis dlm bilik tu,
then kak ebby (ebby nadzri) masuk,
dalam hati "putihnya kakak ni"
tak lama pastu kak hani (yasmin hani) pulak masuk,
yg ni aku tergamam kejap
"cantiknyeeerrrr!!"
aku rasa cam artis la kejap bila dah sebilik ngn artis2 ni kan. muahahaha..
biarlah aku nak perasan, kau ada??
lepas make up sume,
start la shoot,
gementar tak hengat masa tu, mengalahkan heroin!
time scene yasmin hani & azhan rani,
aku ddk la kt kerusi sambil tgk dorang shoot,
teringat hp tertinggal dlm beg kt bawah,
lari kejap la amik sementara scene dorang tgh shoot,
sampai bilik, aku bukak je pintu,
nak terjojol mata aku
WHAT..?? betul ke sape yg aku nampak ni..?? FARID KAMIL ke???
aku dah bukak pintu tu, dia pandang, aku boleh tutup balik pintu sebab terkejut. hahahaha
bongok la aku ni..
pastu bila fikir balik, bukan selalu aku dpt tgk dia live,
aku pun bukak balik pintu & buat muka slamber & senyum & masuk & salam dengan dia,
menggeletar jugak la kepala lutut aku ni,
dah lah putih, hensem pulak tu, selalu tgk kt tv memang hensem tapi bila depan2 lagi hensem,
terlupe kejap kt remy ishak !
dia duduk atas kerusi yang aku duduk masa aku sampai tu,
kt kerusi tu jugak lah aku letak beg aku,
nak taknak memang kene bersuara jugak lah
perlahan je suara aku, mcm tak terkeluar
"erm bang, sy nak amik beg" (sambil tunjuk ke arah beg)
"eh beg awak ke? sory2 abg terduduk. Tadi phone awk bunyik"
"eh takpe2. oh yeke"
dalam hati
"duduk la lagi, lama2 pun takpe, nak frame kan la beg ni, farid kamil terduduk atas beg aku. yihaaa" =)
aku pun amik phone letak beg balik dan keluar dr bilik tu,
tak sanggup nak dok lama2,
tercabar iman aku. hahaha.
bila aku naik atas,
aku nampak abg beto (beto khusyairi),
ntah bila dia sampai tau2 je dia dah siap2 pakai baju hospital,
dalam petang skit,
farid kamil, aleza shadan dgn mak wan pun naik,
![]() |
| mak wan |
![]() |
| farid kamil |
![]() |
| aleza shadan |
aku sempat la shoot 1 scene dgn dorang,
wah happy giler..
masa aku tgk yasmin hani tgh berlakon,
mcm senang je dia buat mimik muka pe sume,
susah jugak nak jadi pelakon ni *buat beginners cam aku ni je*
kalau yg dah lama tu senang la.
dekat pukul 6 jugak la aku habis,
tukar2 baju, amik payment, salam2 terus aku blah,
dorang pick up aku depan KPMC then pegi berbuke dkt shah alam sebelum balik unisel.
seronok ! 1 pengalaman yg hebat & kenangan yg indah =))












Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.