Aku bingung..
Aku membuka folder music dilaptopku.
bkn lagu jiwang karat yg aku buka foldernya, tetapi..
LAGU RAYA..
kenapa?
aku sebak..
raya lambat lagi,puasa pun tak muncul-muncul..
tapi aku.....
lantas ku tarik selimut dan bantal.
lalu kututup mukaku.
dgn berbekalkan earphone yang ada,ku buka lagu itu sekuat2nya..
tanpa kusedari,air mataku mengalir..
muncul satu persatu wajah orang2 yg kusayang..
abah, mak, adik2, saudara-mara, kawan-kawan, dan insan2 yg mengenaliku..
mungkinkah ini petandanya..
adakah aku masih sempat menyambutnya??
andai masih sempat aku menyambutnya,
akan kusambut dgn penuh kesyukuran dan kegembiraan..
akan kukucup tangan & pipi kedua org tuaku.
Akan ku siapkan pakaian raya adikku pd malam raya dan akan aku hidangkan ketupat dan rendang di pagi raya untuk mak, abah & adik-adik yg amat aku kasihi..
Tidak lupa juga,Akan ku berkunjung ke rumah teman-teman yang ada..
andai TIDAK..
kenanglah daku dalam doamu..
maafkan segala kesalahanku, halalkan makan & minumku..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.