konon-konon nak ala-ala entry awek Khairul Fahmi.. wakakaka
tapi aku takde lah sampai nak buat fan page bebagai ok..
aku tulis panjang berjela pun antara aku & dia je yang tau,
al-maklumlah blog ni private sungguh, url je dah 4,5 kali tukar..
hahahaha
standby cik kiah, duduk elok-elok, pop-corn sume dah beli..? air coke.? sape yg rasa nak terkucil tu pegi cepat ye, cerita dah nak start ni..
oh ye, jgn lupe silent hp tu..
ok dah, tutup lampu..
2006 - zaman kegemilangan myspace tengah hangat di kalangan remaja-remaja yang tak berapa nak
Bermula lah pertemuan kami.. dgn my incik amer ye guys, bukan dgn abg erry.. Aku pun bkk lah album abg erry tu, tgk gambar-gambar dia, sekali tertengok gambar abg erry dgn my incik amer (MIA)..
MIA..? nak jugakkkk.. hahaha
erm boleh tahan gak mamat ni, ada style.. tapi masa tu tak dapat dikesan lagi siapa nama dia..
cuba lah bukak top fren mesti ada,
yeaaaahhhhhh.. memang ada.. dengan muka tak malunya aku pun add..
![]() |
| antara gambar myspace dia dulu.. muka kanak-kanak ribena lagi masa ni.. hehe |
setiap masa setiap detik tunggu dia approve, lambat jugak la dia approve, banyak sangat friend request agaknya..
"hey, thanks 4 the add"
waaaaa, dia dah approve, dia siap komen lagi.. kembang kuncup aku.. bermula lah sesi berkenalan walaupun tak berapa nak mesra alam sangat masa tu..aku tengok komen2 dia, semuanya perempuan, dia pun layan.. aku nak komen pun cam berat hati je..tapi kdg2 tu komen lah jugak.. Pastu kiteorg lost contact sekejap, mcm sombong je mamat ni kan... Aku pun cam malu-malu je nak komen2 dgn dia, sbb aku rasa mcm jauh sgt lah beza aku dan my incik amer ni..
Terus aku senyap sekejap, tup-tup bila aku bukak balik profile dia, dia dah ada couple..! dgn GreenChenta..!
hampanya perasaan aku masa tu.. cemburu tgk komen diorang, gambar diorang.. waktu tu, aku hanya mampu ckp "bertuah lah perempuan tu".. Aku pun pergi membawa hati yang luka, sejak dari tu aku tak bukak2 lagi dah profile my incik amer.. Frust punya pasal..
eh airmata awak nak jatuh dah tu, kesat2 sikit.. jgn nanges dlu, cerita belum sampai klimaks lagi..
Satu hari tu, dia ada hantar komen
"hye u :p"
hah..? dia komen aku..? apa dah jadi..?
terus aku bukak balik profile dia.
status : SINGLE..
oh no wonder la dia komen aku..
aku pun komen2 la balik dgn dia,
dia ayik kata
"u sombong ea dgn i"
dalam hati aku kata
"eh2, sape yg sombong dgn sape sbnarnya ni..?"
makin lama kami makin rapat,
sampai kan ada 1 hari tu,
greenchenta boleh komen aku tanya
masa ni dorang dah break lah..
" u gf amer ea..?"
tergamam..
"eh, takdelah.. manade.. i kawan je dgn dia.."
"dia kata kat i, u gf dia"
oh nooo..!! dia kata aku gf dia..? aku bermimpi ke ape ni..? aku tersenyum, hatiku berbunga-bunga..
tapi, cepat2 aku sedarkan diri aku.. mungkin dia kata mcm tu sbb nak bg green jeles kot yelah dorg kan baru break.. kebetulan, aku dgn my incik amer selalu komen2, mgkn sbb tu dia guna nama aku untuk buat green jeles ataupun green sengaja nak pancing aku, tu aku tak tau lah..
aku suka dekat dia, tapi aku mmg tak yakin sgt yang kiteorg akan bersama.. antara sebab-sebabnya ialah :
1. cinta jarak jauh.
2. aku tak kenal dia.
3. dia terlalu hot untuk aku.
4. ada gaya-gaya "playboy" jugak masa ni.
5. mcm lah aku dapat jumpa dia kalau couple pun.
6. aku tak hot mcm girls2 lain.
7. aku tak percaya pada cinta internet..!
Lagipun masa ni, aku tgh angau bercinta dgn arwah.. aku cuma suka je pada my incik amer, sbb aku tau kalau aku mabuk kepayang dgn dia pun macam lah dia kesah..
aku tak tau kenapa kiteorg lost contact, aku masih simpan no dia, tapi aku tak pernah nak contact dia..
Bersambung..


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.