hello guys =)
harini saya nak cerita pasal lepak..
untuk event kali nie, kiteorg lepak kat times square,
mmg happening + pening giler dgn perangai sekor2.. haha
disebabkan event kali ni tidak dibenarkan membawa bf/teman istimewa/pakwe/balak/laki/tunang/suami,
semua kena datang single-mingle je,
bukan apa, hujung2 minggu ni kalau dtg dgn pasangan jatuh lah saham.. hahahha
takde lah gurau je.. (konpom kene penyepak dgn abang)
sebenarnya saja je ckp jgn bwk bf sbb cik abang saya jauh,
nnt sume bawak sy je jalan single,
tak syok lah.. dah nasib badan kan..
kelam kabut jugak, plan awal pukul 9,
tapi si bijak pandai ni suka2 je extend ke pukul 11 tanpa inform pada event manager terlebih dahulu,
kelam kabut la event manager ni call sekor2 nak inform balik,
yang best nya semua dah siap tgu nak gerak je.. hampeh betol dak ain nathasha ni.. haha
sampai je trus withdraw money <--- acara penting ni..
and tunggu nurul sahaja @ ayu sampai,
dia tak gerak sekali sbb dia kerja,
lepas dia sampai kiteorg g makan kat teppanyaki sbb Mcd penuh giler,
semeja lah dgn balak ayu & kawan dia,
kawan dia ok2 la, bak kata gan, muka nya macam adi putra =)
lepas makan, ayu, balak & kawannya kata nak pergi kerja balik,
tinggal lah kami ber-4 membawa diri,
org ada balak kan,
tak abis2 call la msj la,
risau bebenor kt awek dorg ni,
hp aku je senyap tak berbunyi2,
tanpa segan silu, kiteorg pun beratur la ramai2 beli tiket wayang,
tgk cerita JANIN..!
saya nak mengulas lah skit pasal cerita janin ni (pengkritik filem yg tak berbayar dah start ceramah)
rasanya jalan cerita JANIN ni takde kene mengena langsung dgn tajuk nya,
mcm yg kita semua tau, maksud Janin dari segi Islam ialah tidak tersedia atau sudah dihapus
& dalam erti kata science pula janin atau embryo adalah makhluk yang sedang tumbuh dalam kandungan.
Jadi semua org boleh faham apa itu janin, kalau tak faham jugak, kiranya baby dalam perut,
kalau dah ckup semua sifat kita tak panggil janin kita panggil bayi.
Tapi, cerita JANIN ni takde kene mengena pun dgn janin..!
Harun dgn Sutera mempunyai seorang anak perempuan, namanya Innayah.
Innayah meninggal masa umur dia dalam 3/4 thn macam tu sbb dia terjatuh/lompat(tak sure) dr sampan masa sutera datang ke jeti nak jumpa harun..
Sejak dr tu, Harun mcm marah je ngn sutera sbb kecuaian sutera,
walaupun selepas tu dia dikurniakan 3 lagi cahaya mata yg sedang membesar,
marah harun masih belum reda..
kerana tamak kan harta benda,
seorang pengetua sekolah & isterinya mengorek kembali kubur Innayah tidak lama selepas
Innayah dikebumikan untuk acara pemujaan roh, Innayah dibedah & jantungnya dikeluarkan,
sejak dari itu, rohnya tidak tenteram, "Hantu" tu sering menganggu penduduk2 kampung,
dia mencuri barang kemas & duit untuk diberikan pada tuannya (nak kata dia toyol tak jgk sbb dia tak botak)
last2 penduduk kg panggil seorang ustaz, ustaz ni mmg power la,
dia pagarkan semua rumah..
rumah sutera dgn harun je hantu tu tak kacau, sbb rmh mak dia kan. haha
tp sutera dgn harun xtau la yg hantu tu rupenya anak dia,
hantu tu curi gelang jiran sebelah, yg jiran sebelah ni pun 1 dia bengang sgt dgn anak harun si budi,
gelang dia hilang dia slhkan budi, sampai budi kene pukul dgn ayah dia..
hantu tu nampak adik dia kene pukul, dia bleh letak blk gelang yg dia curi tu..
ada hati & perasaan jgk hantu ni.. wakakaka
tuan punya hantu ni mengamok sbb hantu tu dah jarang bwk balik gelang & duit
sejak sume rumah kene pagar,
dia nak pukul hantu tu (kelakar kan..! mcm nak pukul anak, tak logik pun ada)
last2 dia terlibas sume balang yg ada jantung innayah tu,
balang tu pecah & innayah jd ganas sampai bunuh tuan dia,
start dr tu dia dah pandai nak bunuh org, jiran yg pukul budi tu pun dia bunuh..
part plg best, bila pak ustaz ni seru innayah dan tanya siapa dia sebenarnya,
fuhh sedih giler bila dpt tau rupe2nya dia tu anak harun dgn sutera yg meninggal jatuh dlm laut tu,
pak ustaz tu suruh sutera seru nama anak dia sampai anak dia keluar,
masa sutera seru tu airmata saya dah bergenang2 dah,
sedih giler, anak dia keluar muka elok la taklah mcm hantu,
dia melutut dan nak peluk anak dia tu,
time tu mmg tak tahan dah..
mak mana yg tak sedih bila tau anak dia tak tenang & jadi hantu..
dia sorg je nampak muka anak dia ok, org lain sume nampak mcm hantu,
time dia tgh peluk2 anak2 dia tu, pak ustaz tu g tarik rambut hantu tu, dia nak msukkan blk dlm balang,
sutera trus jd marah (mak mana tak marah org tarik kepala anak dia walaupun anak dia hantu, kalau saya pun saya marah)
dia terus dokong anak dia, dia kata
"maafkan ibu nak"
time ni mmg dah meleleh2 dah,
tp dia terpaksa bunuh anak dia jgk sbb dia dia tau itu bkn anak dia, walaupun hati dia berat sgt,
bila dia tikam anak dia pakai sanggul, hantu tu mati camtu jela
(pelik kan, dah jd hantu nak mati apa lg, berapa kali nak mati cmni)
sampai tu je endingnya, time last tu jelah sedih, time lain ok2 je walaupun bnyak yg tak logik..
ada lelaki ni dgn slamber je ckp
"mcm cerita bodoh je"
WTF..! itu la dia org llaki, takde perasaan langsung, org perempuan sume tgh sok sek sok sek lap2 airmata dia boleh keluar buat muka donno je.. kurang asam btl..
Lepas saya dah membebel panjang lebar ni, korang pikir lah balik ada kene mengena ke dgn janin..?
Takde langsung kan..? kalau dia letak tajuk "anak" ke boleh la terima lagi..
p/s : sorry guys, gambar akan di upload tak lama lagi, al-maklum lah pakai i-phone takleh bluetooth.. huhuhu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.