hello pembaca2 setia blog saya yg tak seberapa ni,
saat saya menaip entry ni,
saya berada dalam keadaan separuh sedar,
bkn kene sampuk ye,
ini semua angkara ubat batuk..
sebenarnya dah nak seminggu saya demam,
tapi saje je saya berlagak sihat,
bukan apa,
saya malas nak g klinik,
bukan takut ok,
cuma malas..
ok! saya tipu, saya tak suka pegi klinik sbb doktor tu dengki,
suka bg ubat banyak2, besar2 pulak tu..
klinik yg saya pegi ni, mmg klinik tetap family kteorg,
dr saya kecik zaman2 makan ubat air sampai lah sekarang,
dah besar makan ubat pil, doktor tu jugak la yg rawat saya,
dulu, masa kecik2 saya selalu sakit, even dah besar pun selalu jugak,
bkn mengada-ngada cuma antibody saya tak sekuat org lain,
Saya tak boleh terdedah dgn habuk yg banyak, debu, sejuk sgt tak boleh, panas sgt pun tak boleh, asap, dan perkara yg paling penting ialah berada dlm keadaan TERTEKAN & BANYAK BERFIKIR..
Saya tak salahkan org sekeliling saya kalau mereka ada buat saya tertekan,
sbb mereka tak tau..
Saya menyalahkan diri saya sendiri sbb saya selalu melibatkan diri saya dlm masalah sekaligus membuatkan saya berada dlm keadaan tertekan..
Ingat lagi tak masa saya baru blk dr melaka, last jumpe abg before abg pegi Bali,
balik je umah, saya demam.
Entry sebelum ni, abg dtg rmh malam2,
saya tertekan sgt, terus demam..
banyak lagi sebenarnya..
bukan sbb abg sorg je, ramai lg, tp sy taknak blame sape2..
saya pulak tak suka kecoh2 kalau saya tak sihat,
sbb taknak mak & abah risau..
bayangkan dah nak seminggu demam,
baru harini saya pergi klinik tu pun lepas kene marah dgn abah,
abah la org plg risau kalau saya tak sihat..
bila abah tanya,
"ko demam ke?"
saya akan jawab
" tak."
walaupun masa tu saya tgh demam,
saya taknak abah bersusah payah pergi beli ubat la ape la..
Ingat lagi, masa kt UNISEL,
abah selalu call tanya sihat ke tidak, dah mkn belum, nyamuk ada gigit tak..
kelakar kan, nyamuk ada gigit pun abah nak tanya..
kdg2 tu saya rasa bengang je bila abah tanya mcm tu, mcm saya bdk2..
tapi bila saya fikir blk, abah tanya sbb abah sayangkan saya..
dia taknak saya sakit..
sebab tu kalau saya sakit, saya akan ckp "tak",
kalau sy ckp "ye", konpom malam2 buta tu pun abah akan dtg jugak..
Nak dijadikan cerita,
abah bawak kiteorg pergi makan petang dekat McD..
Mmg tekak ni rasa mcm nak makan prosperity je..
tapi bila dah beli, takde selera pulak,
badan dah menggigil2 mcm penagih,
saya rasa mata, hidung & telinga saya panas,
tapi luar sejuk..
suhaila sempat kata
" ko kenapa? menggigil2.. mmg tak lama la ko ni.."
kuanjaqqqq betul kan..
kang betul2 mmg tak lama, menyesal ko..
abah dah mula pandang saya semacam,
saya buat2 pandang tempat lain..
Balik rumah, tak pikir ape dah,
bukak pintu bilik..
keboooommmmmmmmmm..
dah tak tahan sgt dah..
mcm nak terjojol je mata ni..
panas sgt..
cepat2 amik pengukur suhu,
alamak,
40.3 °C ..
terus cari panadol,
ah sudah, panadol pulak habis..
ubat demam yg dulu2 punya pun dah abis..
nak tak nak terpaksa bagitau..
"abah, aya demam" (buat muka kesian)
"dah demam pulak, ubat dah makan? drpd haritu abah tanya demam ke tak, ko kata tak.. amik ukur suhu tu, abah cek.."
" dah cek da, 40.3 °C"
"tinggi tu, drpd hari apa demam?"
"hari isnin"
"baru harini nak ckp?! dah nak seminggu! abah dgr ko batuk, ohok2 mcm ayam nak mentedarah dedak, bila tanya je, ok2.." (ada ke patut abah samakan aku dgn ayam)
"ala, dia demam kejap2 je. kejap dia demam, kejap dia ok"
"demam kejap2 tu lg bahaya, ntah2 denggi ke.. jom abah bwk g hosp, cek darah.. kalau kene tahan wad pun tahan la"
" tak payah la g hosp.. makan panadol je"
Mula lah aksi bertekak-tekak di antara abah & saya..
akhirnya abah kata
"ok, pegi klinik je"
ingatkan adegan "ceramah tak berbayar" tu kt rmh je,
sampai ke klinik pun saya kene lecture jgk,
mcm2 abah cakap..
saya hanya mampu diam,
tak larat nak cakap banyak..
abah tanya mcm2..
dia kata
"ko kenapa asyik demam je? tiap2 bulan ko demam. ko ada masalah ke?"
"takde"
" duit ada?"
"ada"
"masalah kt tempat keje ke?"
"tak"
"ko tertekan ni.. ko kalau tertekan je mesti demam"
senyap..
"ape yg ko pikir sampai tertekan?"
senyap lagi..
"pasal pelajaran? ko rasa tertekan abah suruh sambung belajar amik degree? abah suruh buat semua tu utk kebaikan kau jgk.. tp kalau kau rasa tertekan, tak boleh nak bwk, bincang dgn abah"
"takdela, takde kene mengena pun"
" abistu? masalah duit?"
" tak"
" abistu ape? masalah boyfriend?"
senyap..
aduii, bab2 ni saya lemah sikit.. saya dah la jenis takleh terdesak,
kang tanya mcm2, saya terdesak, mesti saya cerita semua..
abis la kantoi..
nasib baik org klinik tu panggil nama saya,
selamat saya dr soalan2 panas abah tu..
Tapi mmg betul pun,
saya agak tertekan sekarang..
saya tak nak la cerita kenapa,
siapa yg rajin baca blog saya & rajin amik tau perkembangan saya,
tau lah kenapa saya tertekan..
ok la, saya rasa saya nak stop dah.
kepala dah rasa berat ni,
ubat batuk tu mengantok betul,
harap2 esok tak terlajak bangun g keje..
| Betul tak saya kata doktor ni dengki? Bagi ubat banyak, besar lak. boleh mati tercekik tau. |
p/s : harap2 lepas ni saya tak tertekan lagi dah..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.