Telah disemaikan rasa kasih dan sayang dalam diriku..
untuk diberikan padamu..
Telah ku angankan seribu impian untuk bersamamu..
walau dalam hatimu bukan diriku..
Sepenuh kasih ku hulurkan untukmu..
tanpa sedikit ragu..
Setulus sayang ku berikan padamu..
kerna kau kekasihku..
Kau memberiku harapan..
Kau menjanjikan kebahagiaan..
Aku terbuai oleh janjimu..
Janji yang kini menyeksa hatiku..
Wujudku tak mampu menggetarkan hati mu..
Kelibat bayang ku tak berupaya membuat kau rindu..
Bahasa cinta ku tak pernah menyentuh hati mu..
Kerna diriku tidak berharga bagimu..
Tidak pernah ku kesal mengenali dirimu..
Kerna ia perkara paling indah yang pernah terjadi dlm hidupku..
Walaupun aku cuma tempat persinggahanmu..
Aku redha dengan ketentuan-Nya..
Untuk apa aku mengharap cinta darimu..
kerna cintamu bukan buat diriku..
Untuk apa aku menanti dirimu..
Walaupun ku tau penantianku akan berakhir dgn kekecewaan..
Dalam jiwaku ada dirimu..
sementara aku tidak pernah menjadi penghuni jiwa mu..
Izinkan aku pergi..
Akan kau dapat pengganti yg lebih mengerti hati mu..
Maafkan aku..
bukan ini pintaku..
tapi..
kemahuanmu..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.