topik malam ni DENDAM SEMALAM..
Tertarik dengan satu kisah nabi mengenai ahli syurga:
Nabi memberitahu pada seorang umatnya,
Akan ada seorang ahli syurga lalu dihadapan masjid,
Lelaki ni pun tunggu punya tunggu,
Akhirnya lalu seorang ahli syurga (lelaki) dengan masih ada wuduk di wajahnya,
Dia melihat ahli syurga itu berlalu pergi..
Kemudian, nabi memberitahunya lagi,
Esok akan ada ahli syurga yang melalui pintu masjid ini,
Lelaki ini masih menanti,
Seterusnya, dia melihat lelaki semalam masuk melalui pintu masjid yg dikatakan oleh nabi,
Lelaki itu pelik kerana melihat lelaki yang sama seperti semalam,
Dia tertanya-tanya apa keistimewaan lelaki itu,
Apakah amalan yang dia lakukan sehingga dia menjadi ahli syurga?
Lelaki itu meminta untuk bermalam dirumah lelaki yang dikatakan ahli syurga itu,
Dia bangun pada tengah malam & mengintip apa yang dilakukannya,
Namun ahli syurga itu tidak lah bangun pada waktu malam lalu bersolat atau berzikir mahupun sebaliknya,
Dia hanya bangun pada waktu subuh & bersolat,
Lelaki ini bertambah hairan,
Dia mengintip lagi pada keesokan harinya,
Rutin harian nya sama seperti semalam..
Akhirnya,
Lelaki ini bertanya pada nabi,
Apa keistimewaan lelaki tersebut? apakah amalan-amalan nya sehingga dia dikatakan ahli syurga?
lalu nabi menjawab,
lelaki tersebut tidak ada perasaan marah, hasad dengki & dendam dihatinya,
dia sentiasa memaafkan orang-orang di sekelilingnya sebelum dia tidur, hatinya bersih, dia tidak pernah menyakiti hati orang lain dan kerana itu lah aku katakan dia adalah salah seorang ahli syurga..
Mesti ada yang insaf sikit bila baca story ni kan,
bila diri penuh dengan masalah, bila hati rasa tak tenteram, bila kepala rasa terbeban,
selalu kita akan cari cara utk tenangkan jiwa kita & mula menginsafi kesalahan diri,
perlahan-lahan kita cuba berubah menjadi lebih baik.. InsyaAllah..
p/s : terlalu mudah melafazkan maaf sehingga kata maaf tidak lagi bererti & senang dirayu tidak kira masa!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.