Now, my alisya dah ada adik :)
Belum berkesempatan lagi nak tengok baby,
busy je memanjang,
assignment, quiz, midterm, presentation, projek, report bertimbun-timbun =.=
tak sabar nak mem "free" kan diri nak balik Sg buloh nak tgk baby :)
Sehari sebelum baby lahir,
aku datang rumah nenek nak amik perfume abah yg tertinggal masa 1st raya,
makteh mintak tolong aku hantarkan dia pegi Econsave Paya Jaras nak beli susu alisya,
aku siap bergurau lagi dgn makteh
"makteh ni ok ke? boleh ke jalan2 ni? kang terberanak pulak kt Econsave kang, naya aya. Aya tgk makteh cm dah nak terberanak dlm masa terdekat ni je"
makteh cakap
"entahlah, due minggu depan tapi rasanya baby dah turun ni, xtau la bila nak beranak"
saje je nak menyakat makteh, aku cakap
"kalau tetibe la makteh nak beranak pastu pakteh takde, macamana? xkan nak soh nenek hantar kot, mmg terberanak la kt dlm kete, mana nak tunggu nenek bersiap lagi, nak panaskan enjin la, nak ke hospital sg buloh yg dekat tu pun sejam!"
makteh tergelak-gelak sambil menjawab
"makteh sanggup sakit2 bawak kete dr tunggu nenek ko, kalau tunggu nenek mmg terberanak kat sni jugak"
haish elok je bergurau2,
tup2 aku bangun paginya,
mak cakap
"makteh dh bersalin pg td"
he'eh terperanjat aku,
masin gak mulut aku,
kan dah terberanak. ha ha ha
Nama baby MUHAMMAD AIDIL FARISH,
asalnya makteh nak letak nama MUHAMMAD AIMAN FARISH/MUHAMMAD ALIFF FARISH
aku kan suka memberi nama kat orang,
aku saja2 je la suggest kan nama kt makteh
"Baby ni akan lahir masa raya kan? kenapa tak letak Muhammad Aidil Farish je?"
Tarraaaa, makteh guna idea aku. muahahahha. suke! suke! suke!
P/S : sape2 lagi yang memerlukan idea untuk nama baby boleh cari saya ye. saya ada menyediakan perkhidmatan nama bayi dengan percuma :)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.