SEDIHNYERRRR.. TAKDE KAWAN NAK GOSIP-GOSIP..
aku tgk muka dia sehari sebelum dia nak pergi mcm sedih je,
(sape yg tak sedih bila berjauhan)aku tido lambat sebab tak lena nak tido,
1st time suhaila nak pegi jauh,
macam mana lah dia nak hidup nanti,
dia tu semua nak orang buat,
tau ke dia basuh baju sendiri?
boleh ke dia jaga diri sorg2?
hurmm.. macam-macam pikir..
pukul 2 pagi baru mata ni lelap,
pukul 3 dah bangun nak masak macaroni sebab nak gerak awal pagi,
mak la excited kejut masak awal2 takut lambat,
tup2 45min dah settle,
mak naik tido aku lak tak tau nak watpe, mata pun takleh nak lelap..
aku ddk termenung sampai pukul 5,
then aku siap2.. aku paling semangat, awal2 lagi aku dah ready tunggu kt bwh
sedangkan mak & abah pun tak bangun lagi. HAKHAKHAK
aku rasa cm nak raya pulak bangun awal2 siap masak,
pastu sume kelam kabut, riuh rendah suara masing-masing,
walaupun riuh rendah tapi hati tetap sayu..
pukul 6am sume gerak g melaka,
lalu highway yg kiteorg lalu dulu masa g politeknik merlimau
ternampak rumah rehat yg kiteorg berhenti masa nak tukar pemandu & hantar 2 org penumpang yg tak habis2 nak buang air kecik, wahh TERINGAT semua kenangan =)
Bila dah sampai UITM,
1st thing nak puji PENGURUSAN dia,
nak daftar tak payah tunggu lama2,
5 min dah settle,
kat UNISEL dr pg sampai ke petang nak daftar,
tak habis2 kejap kaunter sini kejap kaunter sana,
parking pun senang sebab ramai guard2 yang jaga,
and setiap tempat dorg akan letakkan senior student (MPP) yg bertanggungjawab utk bg info & tlg new student kira cam kaunter pertanyaan bergerak laa..
nak daftar bilik pun senang,
mmg tak lama laa, tak sampai 5 min.
kira2 tempoh daftar masuk ngn daftar bilik 10 min je..
kalau UNISEL, datang pukul 9 pg pukul 4/5 petang pun belum tentu settle !!!
Masa suhaila g daftar,
aku cm biasalah kan,
mata melilau2 mengusha JANTAN. HAHAHAH
tibe2 mata tertumpu pada sorg mamat ni,orangnya kemas berkemeja, putih, rambut dia disisir rapi dan dia berkacamata,
tgk muka dah tau dah,mamat ni mesti budak pandai..
tak sempat nak usha lama-lama suhaila dah sampai,
dia kata
"dah, jom g daftar bilik"
sume muka terkejut je
"aik kejapnya"
baru nak mengusha dah kene blah g tempat lain..
time ondaway nak g hostel,
mamat tu lalu sebelah naik motor,
terus aku pukul tangan suhaila sambil laju je tangan aku tunjuk2 kat mamat tu,
sempat lagi aku pesan"tu la mamat yg aku ckp td, hensem kan.. mintak no dia ea nnt. HAHAHA"
boleh tak sedar rupenya abah perasan dr cermin pandang belakang.. HIHIHI
Bila sampai bilik,
mak bukak je pintu ayat pertama yg kuar dr mulut dia
"macam bilik banduan je"
serius tak lawa bilik tu, kesian kau suhaila. HEHEHE
lepas dia dah dapat bilik,kiteorg ramai-ramai pegi lunch kat pekan alor gajah,
lepas lunch bermula la babak-babak drama genre sedih tangkap leleh,
dgn pelbagai pesanan ikhlas dr pengarah drama,
fuhhh memang senang la nak menghayati watak,
tak payah pakai bawang ke eyemo ke,
air mata asli beb,
kalau tadah mau sebesen !
HAHAHAH
Then semua balik dengan perasaan yg berat & sedih..
GOODBYE BLACKIEEEE, I WILL MISS U MY GIRL !!!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.