-->
s

17 Mei 2011

putus !

4 hari aku menyepi tanpa khabar berita,
tak sekalipun aku menjawab & membalas panggilan mahupun pesanan ringkas darinya,
hari-hariku penuh dengan kesuraman,
bintang-bintang ada lah teman setia dikala aku kesepian,
air mata menjadi peneman,
gambar & rakaman video kami menjadi penawar kerinduaan..

"Maafkan su bila hati tak sempurna mencintai abang"

hanya sebaris ayat yang mampu aku beri setelah berhari2 menyepikan diri..

"itu je yg syg mampu ckp lepas 3,4 hari tak contact abg?"

kejam kah aku? membiarkan & mengabaikan dirinya?
tahukah dia hatiku terguris?
tidak mahu terus-terusan melayani perasaan sendiri,
ku tukar mood "silent" di telefon bimbit ku..

Malam telah menunjukkan jelmaan nya,
Aku mengiring sambil ku peluk erat bajunya,
ku cium baju itu tanda aku melepaskan rindu yang teramat padanya,
terlalu menurut kata hati telah ku kirim satu pesanan padanya,

"lupekan su kalau abg rasa hubungan kita ni sama je macam hubungan abg yg sebelumnya"

tak terlintas di hati untuk membuat dia marah apatah lagi resah dgn permintaan ku..

Tersentak dengan panggilannya,
lantas ku menjawab kerana rindu yang bertandang sudah tidak mampu lagi untuk diusir,
belum sempat aku berkata-kata,
aku telah dimarahi tanpa diberi sedikit ruang untuk membela diri,
sekali lagi dia membuat keputusan terburu-buru,
keputusan yg memang aku tidak pernah rela..

"syg tgu sana, abang datang"

kerja gila !
naik motor dr seremban lewat2 malam,
tahu kah dia aku begitu risau dgn keadaannya?
dapat ku rasakan,
degupan jantung yang semakin perlahan diikuti dengan penglihatan yang semakin kabur,
semoga aku tabah mengharunginya..

Tak sekali pun aku melepaskan telefon di genggaman ku,
akhirnya aku terima panggilan yang ku nanti2,
apa yang aku rasa kini semakin mendebarkan,

"abg tk dpt pegi sana, tayar moto abg pancit"

bertambah-tambah kerisauan di hati bila ku tahu dia berada di tepi jalan,
aku tak dapat berfikir lagi,
hilang segala kata-kata,
aku terdiam seribu bahasa,
membiarkan dia terus memarahi diri ini tanpa pembelaan,
terlalu memikirkan keadaannya,
aku lupa yang hati ku sebenarnya terguris kerana dia.

masih terngiang-ngiang ayatnya ditelinga & fikiranku,

"syg nak sgt ke abg tinggalkan syg? ingat senang2 ke abg nak lupakan syg mcm tu je? pikir la skit psl abang,jgn lah jd budak-budak.. syg jgn risau la, abg sendiri yg akan tinggalkan syg !!!"






berkali-kali ku pintas kata-katanya

"abang.. abang"

dia masih berkeras & meneruskan kata-kata yang terlalu mengguris perasaanku,
aku tak dapat lagi berfikir secara waras,
ingatan ku hanya pada keadaan dia waktu itu,
walaupun aku terguris dgn kata-katanya,
tapi aku tahu dia tak bermaksud begitu,
dia sedang marah,
tak pernah dia meninggikan suara begitu kuat dgn aku sebelum ni,
ini bukan kali pertama aku dimarahi tapi ini ada lah kali pertama aku dimarahi sebegini..

aku terus memujuk hati & membiarkan dia berkata-kata,
air mata tidak mampu lagi ditahan,
makin terharu bila ku dengar suaranya makin perlahan di sana,
adakah dia jugak teresak sepertiku?
tuhan telah menemukan dua hati yang terlalu sensitif,
dan kerana itu ku tahu kau memang ditakdirkan untukku..

namun,
ayat terakhir nya menyentap seluruh jiwaku,

"ok, lepas ni syg tak payah susah2 lg pikir pasal abg. terima kasih.. bye"

terus dimatikan talian,
aku resah lalu ku hantar pesanan ringkas padanya

"kalau abg tekad dgn keputusan abg, su terima.. terngiang-ngiang lg ayat abg td.. su tak bertahan bertahun2 utk dgr ayat tu dr mulut abg.. su mintak maaf.. su cuma nak abg tau, apa pun terjadi su ttp cintakan abg.. itu janji su.. su tau abg cintakan su jgk sbb tu su yakin sgt abg takkan tinggalkan su.. abg kata abg tak leh hdp tanpa su.. ini ke jln yg terbaik utk abg?"

adakah ini penyudah hubungan kami?
relakah aku melepaskan insan yang ku nanti hampir 5 tahun?
begini kah kesudahan cinta kami?
cinta yang kami agungkan..
musnah kah seluruh impian ku untuk hidup bersamanya?
dunia ku kelam seketika,
aku tak rela kehilangannya,
namun,
aku yakin,
dia takkan berniat meninggalkan aku dan menodai cinta kami,
aku menangis sendirian hingga terlelap bersama baju dan gambarnya di dadaku..

Terjaga aku dr tidur apabila telefon ku berdering bersama 3 pesanan ringkas yang masih belum dibaca,
terlintas di fikiranku 

"mesti abg yg call, dia nak tarik balik kata-kata dia?"

hatiku berdebar-debar,
tapi line tidak mengizinkan kerana talian terputus,
ku ambil waktu itu untuk membaca pesanannya

"abg mintak maaf.. abg cintakan syg sgt2.. abg ingat janji2 abg.. abg akan pegang janji abg sampai bila2.. abg mintak maaf sbb ckp mcm2 kt syg.. ape yg abg ckp td, abg tak penah maksudkan.. abg hrp syg bg peluang utk abg baiki kesilapan abg.. betol ckp syg.. abg ego.. abg mintak maaf.. abg mmg tak leh hidup tanpa syg"

5 minit selepas itu, 
telefon kembali berdering,
perlahan suaranya di hujung talian,

"abang mintak maaf sayang, abg tak boleh nak control diri abg, abg tak patut ckp macam tu, tak terlintas pun kt hati abg nak tinggalkan syg.. maafkan abg, sayang.. abg tgh marah, abg bersalah sgt dgn syg"

syukur tuhan telah membuka kembali hatinya untukku,
airmata kembali berderai di pipi,
ku tahu kau tak berniat begitu..

"tak bang, su yg ptt mintak maaf.. su yg salah.. kalau su tak cemburu, mesti kita tak gadoh mcmni.. abg maafkan su bang.."

alhamdullilah, 
bukan ini penamat cinta kami,
kisah cinta kami masih dapat diteruskan hingga ke akhirnya,
akan kami terus mengharungi dugaan ini bersama-sama,
semoga kami tabah & dipermudahkan segala urusan juga hubungan ini diberkati oleh Allah s.w.t.
InsyaAllah.. AMIN.
ditulis oleh SZ at 8:51 PG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Suraya Zainal Abidin

9 December 1990

Shah Alam

Diploma of Computer Science(Industrial Computing)

Bachelor of Computer Science(Software Engineering)(Hons)

Fedora Talent Agency
FOR THE REST OF MY LIFE, I WILL BE LOVING U, AMER HADAFI
Daisypath Anniversary tickers
"/>
MEH BERKENALAN..
Mohd Amir Hadafi

5 February 1990

Seremban

28.8.2010

Dia lah pengarang jantung buah hati dinda.
jeles ke? ada I kisah?
Walaupun dia ni :
Kepala Angin
Gedik
Keras Kepala
Ego
Suka Ejek I
Kuat Cemburu
Suka Datang Lambat
Memeningkan Kepala
Tak Pandai Pujuk
Menyakitkan Hati
Kuat Merajuk
Taknak Mengalah

Tapi I tetap SAYANG dekat dia(:

Nur Alisya Farhana

Muhammad Aidil Farish
Sayang Baby Ketat-Ketat
Zainal Abidin Ismail
Shahrina Isharudin
Suhaila Zainal
Afiq Zainal
Suryani Zainal
Farid Zainal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Famous story

  • Aku Dah Tak Tahan !
    Aku tak tahu pada siapa aku nak cerita / mengadu.. hari-hariku kini hanya bertemankan sepi.. tiada bulan tiada bintang.. hanya air mata s...
  • I miss your hugs and kisses when we are apart
    Rindu dekat abang sangat-sangat, lama kan tak jumpa =( rindu dengan lirikan mata abang, suara, sentuhan, ciuman, pelukan semua la..  Jadi.....
  • Terima Kasih Abang (1.44am)
    masa aku type entry ni, tangan aku menggeletar, air mata aku bercucuran. aku tak sangka yang aku akan diperlakukan sebegini, apa erti rin...
  • Saya Bangga Dengan Dia =)
    Saya bosan tahap dewa malam tadi, saje2 je la search nama sendiri kat Google, mana lah tau keluar gosip yg hangat-hangat ke kan (PERASAN...
  • peristiwa sedih antara aku dan dia..
    Kenapa la saya ni cemburu sangat..? dulu saya takde pun macam ni.. saya kene faham, abang tu agak "top" jugak, nak sgt yg hots...
  • 12.43pm Panggilan yg dinanti-nanti !
    Akhirnya.. dia call, aku tak pasti samada aku gembira atau sedih, ku angkat panggilannya, ku dgr suaranya, suara yang aku nanti-nantika...
  • bertunang dalam mimpi..?
    sebelum tidur, aku selalu berangan yang aku akan dapat mimpi yang indah-indah, sehinggalah aku terjerat di dalam mimpi ku sendiri, aku mim...
  • JUMPE BAKAL MERTUA =)
    18 JULAI 2011 - cik abang janji nak datang dating kt unisel hari khamis ( 21 JULAI 2011) . SERONOK gilak. takleh tido sebab tak sabar nak t...
  • Yang terindah hanya sementara..
    Hai u'olls. lama kan saya tak update blog ni. Baru hari ni saya rasa saya dah cukup bersedia untuk update new entries pasal kami, Say...
  • Cinta? Apa maknanya cinta??
    "Tuhan meminjamkan seseorang pada kita, ttp bila kita tak menghargainya, kita tak suka dgn pemberiannya, DIA akan mengambilnya kembali,...
  • ►  2010 (111)
    • ►  April (4)
    • ►  Mei (13)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  November (61)
    • ►  Disember (29)
  • ▼  2011 (141)
    • ►  Januari (25)
    • ►  Februari (17)
    • ►  Mac (24)
    • ►  April (15)
    • ▼  Mei (12)
      • Wet World dengan family
      • SUHAILA suprised partyyyy !
      • menanti cahaya MU..
      • berkelah + wayang = dating
      • In LOVE with TALHA AMIR HARITH
      • putus !
      • posto ! posto ! berita gembira dah sampai =)
      • Goodbye Blackie =(
      • fifie ! fifie !
      • SEPI
      • ...
      • Degree & BBM from someone =)
    • ►  Jun (14)
    • ►  Julai (8)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  September (13)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  November (2)
  • ►  2012 (1)
    • ►  Januari (1)

My followers




Gratisan Musik
Tema Tetingkap Gambar. Dikuasakan oleh Blogger.
COPYRIGHT@SEGALA YANG TERCATAT DIATAS ADALAH HAKCIPTA TERPELIHARA SURAYA ZAINAL