Ya allah,
aku terima segala yg telah kau titipkan buatku,
walaupun terkadang hatiku kesal dengan segala yang berlaku,
tapi aku pasrah,
kerana aku tau pasti ada hikmah yang ingin kau berikan padaku..
Ya allah,
telah ku sedar betapa sukarnya mengharungi hidup yang dulu aku biarkannya tersia dek nafsu dunia,
Kini, setapak demi setapak aku bangkit,
bangkit untuk membuktikan yg terbaik pada semua yang melihat kekecilan & kelemahan diri ini,
yang mentertawakan dan menghina dengan kata-kata sinis..
Ya allah,
tak pernah aku mendapatkan sesuatu itu dengan mudah,
tapi aku tidak berputus asa,
mungkin ia belum disuratkan untukku,
aku melihat kejayaan, kebahagiaan & kesenangan insan lain sambil merenung pantulan diriku yang hambar,
aku tertanya-tanya,
adakah aku tidak berhak menikmati hidup ini?
adakah aku tidak layak untuk membuktikan kebolehan diri?
dan hanya membiarkan hati terkilan melihat kejayaan orang lain..
Ya allah,
hanya engkau yg bisa mengerti hatiku,
hanya engkau yg memahami apa yg tersurat & tersirat dlm kisah hidupku,
aku ingin menikmati kehidupan yang indah seperti hambamu yang lain,
aku cuba menjadi yg terbaik,
cuba mengubah cara hidup ku agar aku dapat menjadi contoh & teladan pada insan lain,
namun apakan daya diri ini,
sering terjatuh dalam pendakian ku sendiri..
Ya allah,
hanya padamu aku memohon,
berikan aku sinar petunjuk mu,
berikan aku kekuatan dlm menempuh segala ujianmu,
berkatilah apa yang aku lakukan ya allah,
titipkan aku sedikit rasa kasih dan sayang,
lapangkan dada & tenangkan fikiran ku,
dan kuatkan imanku kerana perjalanan ku masih jauh untuk di tempuh..


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.