Game ni penentu untuk pingat gangsa,
Kedah vs Wilayah Persekutuan,
sengih-sengih I tengok abang,
lama jugak lah I tak jumpe abg cyg I tuh,
kali ni dia pakai jersi no 12,
sebelum game start akan ada list2 pemain,
pengulas sukan tu siap cakap
"Izzudin idrus dan pemain bernombor 12,Mohd Amir Hadafi perlu diberi perhatian, antara pemain yang berbakat besar yg pernah beraksi di perlawanan liga super baru-baru ini"
ada sekali tu, camera fokus kat abang masa abg dpt bola,
pengulas tu ckp lg
"bola ditangkap kemas oleh pemain bernombor 12 Mohd Amir Hadafi yg juga bekas pemain kebangsaan"
Lagi lebar den sonyum. HAHAHA
tapi senyuman tu tak lama,
bila abg di "tackle" sampai terbaring,
haish I plk yg terlebih cuak (sambil gigit jari)
dalam hati
"eh kuanjaq betul, jgn la main kasar-kasar"
tengok abang dah meringkuk2 mcm udang,
nasib baik dia boleh bangun blk & main mcm biasa.
Kali ke-2 tak tau pe cte,
camera pun tak sempat tunjuk pape,
tau2 je dia dah terbaring kt padang,
ramai jugak la yang berlari-lari kt dia,
tak lama pastu,
ada 2 org bwk "pengusung",
dorg letak abg atas tu..
Haishhh lagi lah bertambah risau,
ape sudah jadi..??
Tengok cara dia bernafas pun dah lain mcm,
dada dia "berombak kencang" (bak kata wandeq, cm ayat2 novel je)
Bila abg dah dibawa keluar padang,
terus takde mood nak tgk dah.
Paling bangang, I boleh pegi call pulak (dah terlalu risau, automatik je nak call)
harapan la dia nak angkat,
dah org tu tgh sakit2 boleh plk nak angkat call kan..
Tak henti-henti I call abg,
maghrib tu member dia, Jiro (Amirul haziq) call I pakai hp abg,
Terkejut I, mati-mati ingat abg yg call,
takde hello2 dah terus je jerit
"abanggg! abg knape? ok x?"
sekali suara org lain daaa
"su, ni kwn amer ni, jiro"
apa lagi, terus la blushing+tertanya-tanya kenapa jiro plk yg call I (malu sendiri)
"ha jiro, amer mana? kenapa dgn dia? dia ok x?"
"amer kene tahan wad su, dia injured td"
"tahan wad??? wad mana? apa yg sakit? bila dia pegi? doktor kata ape?" (hambik kau, bertubi2 I tanya)
"err tak tau la su, jiro pun tk pegi lg ni, brg2 dia sume ada kt sini, katanya hosp dkt2 COBRA, eh tak tau la su, nnt kalau jiro tau, jiro bgtau su"
"sape ada teman dia kt sana?"
"abg dia"
"ha abg dia? betul ke abg dia?" (pelik)
"a'ah abg dia, bdk2 ni kata abg dia"
"aik, sejak bila plk dia ada abg? dia mana ade abg"
"eh dia xde abg ea? (gelak) ntah la su,adik dia kot kt sana"
"oh takpela, nnt pape hal bgtau su tau, brg dia tu jiro tgk2 kan ea"
"ha ok2,nnt pape jiro bgtau"
bagus jgk si jiro ni, kalau dia tak call, mesti I tak dpt berita pape,
padahal I bkn kenal dia pun. HAHAHA
tak pernah jumpe, bertegur sape atau komen2 kt fb,
just knal sbb dia sebilik ngn abg,
kalau gayut dgn abg tu, ade la jgk dgr suara dia kt belakang menyampuk. HEHEHE
Thanks jiro =)
I call deqwan tanya
"samekom dik, akak ni.. dik, abg kt hosp kene tahan"
"w'slm kak..ha, kene tahan? injured?"
"a'ah,cmner ni dik?"
"takpe2, ibu & kakngah ada kt sana, ibu dtg tgk game abg"
"oh ibu ade ea? ok la kalau ibu ade, at least ade org tgk abg kt sana.. nnt adik kol ibu tanya ape perkembangan abg k"
"ok2, adik kol ibu, nnt adik bgtau akak"
tak lama pastu, deqwan antar msj
"akak, nak tgk abg x?"
umakaiii, I dah fikir keadaan dia mesti serius ni,
then I call deqwan blk
"dik, adik nak g tgk abg ke?"
"adik ikut akak, akak pegi ke? kalau akak pegi, adik pegi" (e'eh boleh plk cmtu)
"serius ke? tanya ibu keadaan dia cmner"
"ok2"
Tak senang duduk,
dr lapar terus kenyang,
kepala pun dah pusing-pusing dok pikir psl abg,
last2 hp I ringing, kt screen tulis "ibu digi"
"hello" (suara jantan)
"hello abaaaannnnggg ! abg ok x? abg kt mana? mcmmn leh injured bang?"
"abg kt hosp, tp abg ok yang. syg jgn risau. abg ok tkde pape pun"
"kalau xde pape, kenapa sampai ke hosp?"
"dorg nak cek ni, td dah x-ray sume"
"sakit kt mn bang? muka ok? dada? perut?"
"ok yang, abg ok"
"kaki tangan sume ok? ada patah2 tak? terseliuh? luka?" (tanya mcm polis)
"takde yang, xpatah, syg jgn risau, abg ok"
"mcmmn tak risau, su tgk abg td kt tv"
"abg main teruk td yang" (sedih)
"ala takpelah bang, biar la psl game td tu, yg penting abg ok, tak kisah la psl game tu, dah sampai tahap tu pun dah bagus, abg dah buat yg terbaik"
termenung seketika, kesian dia tak dpt habiskan game.. takpelah dah nak injured kan.. dia dah buat yg terbaik, mungkin rezeki tak menyebelahi team Wilayah Persekutuan..
"abg dah mkn ke?"
"belum yang"
"asal dorg tak kasi abg mkn??" (sedikit mrh)
"doktor nak cek yang, mana boleh makan lagi"
"dah minum?"
"ni tgh masuk air ni"
"tp abg betul ke ok? abg jgn selindung2 dr su ea, kalau ada pape ckp"
"abg ok, syg jgn risau, abg cuma terkena lutut team je tadi"
"sape yg lututkan abg tu? meh su lutut kan dia blk ! dah2, kalau doktor suruh rehat, abg rehat, doktor soh mkn ubat, abg mkn ubat, jgn banyak ckp, jgn bnyk jalan"
"ye2, nnt abg kol syg k"
"eh tak payah2. g rehat, abg tak payah call, kalau ade pape yg penting, msj je. rehat tau !"
Dia tak pernah injured sampai macamni sekali,
tak dapat I bayangkan kalau pape jadi pd dia,
hrp2 dia takde pape,
semoga dia cepat sembuh =)
p/s : Ada org ajak SZ join team ragbi dia. Girls team la. 26 ni ada game, dah la SZ tak training pape lagi.. Beriya-iya dia mengajak.. Patut ke SZ join? tapi SZ tk reti main walaupun SZ ada private coach yg boleh ajar SZ main ragbi..hehe



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.