Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada.
Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.
Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.
P/S : Jadi renung-renungkan dan Selamat Beramal =)
Gagal sekali tidak bermakna kita gagal buat selama-lamanya, tetapi kegagalan akan sentiasa menghampiri orang yang tidak berusaha.Jadi lah insan yang mulia dan dipandang tinggi oleh orang lain bukan dipandang sinis diatas kegagalan & kelemahan diri sendiri.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.