ingat lagi dialog ni? antara dialog dari filem KARAK.
Ok, lupekan KARAK, takde kene mengena pun.
ni cerita highway lain.
Last Sunday, 1 family pegi hantar blackie balik UiTM Melaka,
Bertolak petang dalam pukul 6.40 camtu lah,
Kereta C8 (WLC 9535) kesayangan abah buat hal.
WTF betul !
| Bini kedua abah |
start je enjin ada bunyi pelik keluar dr bahagian depan and the computer sensor says that the "bearing faulty"(search la google ape itu bearing sbb aku pun xtau)
seperti disepak-sepak wajahku, lalu aku berpaling melihat "BMW" mak,
OMG ! takkan kottttt !!
| oppppsss bukan yg ni. ni kete SZ. |
TAPI YANG INI
| taraaa !! "BMW" wannabe mak |
tapi itu lah hakikat nya,
pindah naik BMW wannabe,
perghhhh menguji kesabaran betul,
kalau dekat-dekat takpe gak, nak berhimpit-himpit cam tin sardin !
port biasa aku tepi tingkap,
abah drive sambil membebel-bebel,
bingit telinga dibuatnya,
mak pun tak nak kalah,
bila dua-dua dah memekak,
aku rasa nak terjun keluar tingkap je *bunuh diri*
sekali "POOUUUMMMPPPP"
ha apa lagi bala yg sampai??
kereta terus jd tak betul, kejap kiri kejap kanan *tgh laju*
terus stop kat LANE KECEMASAN,
aku keluar cek, dalam hati tau dah ni mesti tayar pecah
BETUL pun.
| jenuh jugak nak mengepam kete naik |
pecah kt area aku lak tu, aik tayar ni nak perli aku ke ape?? *gemuk sgt*
kereta kebal dah rosak, askar-askar keluar buat muka kesian duduk tepi highway,
ingatkan dah bermasalah mcm ni,
parents aku nak senyap, ni tak sambung lagi,
mak membebel salahkan abah
"ha ni abg la ni, bising je mulut tu, cuba lah bersabar, maghrib2 bwk kete laju2"
tak puas hati ni, abah lawan balik
"ah takdo do, ni kau la ni membebel yo, cubo kau mengiyo kn apo den kato, xdo la den bising, kek topi jln ni pun kau nak membebel"
he'eh dua-dua ni,
tension pulak aku.
ada gak terjadi nya "TRAGEDI BERDARAH" kejap lagi ni kang.
Mak call "PLUS HERO" datang membantu,
lama gak lah nak menunggu,
dah lah tepi hutan, maghrib-maghrib,
cuak jugak lah nasib baik ramai. hehehe
| orang bz dia pun bz meng "online" pesbuk |
Tibe-tibe ada sorang mamat moto ni berhenti jauh skit je dr kete kiteorg,
pehal lak mamat ni,
ingat kiteorg tgh berkelah amik angin ape,
dia turun dr moto sandar kt penghadang jalan,
aku cakap kt mak
"mak, apehal laki tu?sebok je org org duduk kt sini, dia pun nak duduk sini gak"
mak cakap
"ntah2 dia gadoh dgn awek dia, tgh tension pikir nak bunuh diri ke tak" (gelak)
ada-ada je mak aku ni,
tak lama pastu HERO PLUS sampai,
ada 2 orang, sorg botak buncit2 sikit, sorg lg smart la kurus2,
aku pandang yanie sambil bagi isyarat mata tunjuk kt abg yg kurus2 tu *mood menggatal sampai*
time dorang tgh sibuk tukar tayar,
yanie dtg kat aku senyum2 *mcm faham2 je*
"along, nama dia HAFIZI"
TERBAIK la adik aku ni. Pantas betul. HAHAHA. tak sia-sia aku turunkan ilmu pengasih kat dia. HAHAHA
bila tayar dah ok pe sume,
abah pun salam-salam ngn dorang cakap terima kasih,
then,
kiteorg menyambung perjalanan ke MELAKA,
1 je kelemahan si yanie,
dia tak boleh simpan rahsia. DAMN !
dia boleh ckp kt abah
"abah, along ckp abg td hensem"
aku terkaku sebentar *takut kene bebel*
"yg mana? yg kurus2 tu?"
"a'ah, eh mana abah tau, abah suka dia jugak ke? nama dia hafizi" *aku ada saingan?*
mak pun mencelah
"amboi, tau kau nama dia.."
"yanie tgkkan utk along je" *serius rasa nak siku je pale budak ni, buat kantoi betul*
Nasib baik lah abah tak bising,
mungkin dia dah faham sgt kot,
mata aku ni tak boleh dok diam, tp hati tetap pada yg satu
*please take note ye En Amer Hadafi*
Hari pun dah malam,
Kami singgah dekat RnR Seremban nak cuci tangan & makan *tgn kotor pegang tayar*
pastu teruskan lg perjalanan,
happy sangat,
rasa cam nak balik raya,
dengan bersempit-sempit,
selalu duduk luas-luas masing-masing buat hal sendiri,
bila bersempit-sempit rasa cam happy family la pulak. haha
Akhirnya pukul 9 lebih nak dekat pukul 10 kiteorang sampai jugak kt UiTM =)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.