Kejadian ni berlaku masa tahun 2006, masa tu aku form 4!
disebabkan aku kelas sains jadi kiteorg ada 11 subjek, budak-budak lain 10 subjek,
hari rabu aku sekolah sampai pukul 4.30 sbb pagi ada koko sampai pukul 11.30 lepas tu baru start belajar macam biasa,
Paling aku suka hari rabu lah sebab hari tu tak payah pakai baju sekolah pakai baju sukan je,
& semua orang berkeliaran, & masa tu jugak lah aku nak dating dgn arwah :)
Tapi yang membuatkan aku bengang sangat,
kiteorg terpaksa masuk kelas sejam lebih awal dari pelajar lain sebab ada subjek
"English for Science & Technology"
Orang baru nak enjoy-enjoy kene masuk class,
dah la class aku kat bawah, aku lak duduk tepi tingkap mana tahan tengok budak-budak lain enjoy2 aku kene belajar!!
So kiteorg banyak kali lah jugak skip class tu. hehe
Yang ajar subjek tu cikgu cina, dia berisi dan pendek2 sikit,
Penah sekali tu dia bengang agaknya kiteorg asyik ponteng,
dia keluar kelas bawak pembaris panjang cari kiteorang,
dia tanya lah sorang-sorang yag ada kat tengah2 tapak perhimpunan tu ada nampak kiteorang tak,
kiteorg pun lari lah menyorok, sape yg kenal kiteorg memang baik lah tolong coverkan,
lepas dari tu memang dia aim je kat kiteorang,
boleh dikatakan kebanyakan cikgu-cikgu kat sekolah tu tak puas hati dgn kiteorg,
mana cikgu yang kerek-kerek tu mmg kene ejek lah.
macam-macam nama kiteorg gelarkan.
bila pikir balik, kesian pun ada. tak matang betul aku masa tu..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.