Tak sabar nak ke UNiSEL harini.
kenapa?
bukan sebab sayang kat unisel,
tp sebab abang sayang saya ikut sekali.~weeee
puas call tak dapat2,
ingatkan tak jadi ikut,
baru nak merajok,
last2 jadi jugak :)
perjalanan macam biasa,
sampai-sampai dah waktu lunch,
kiteorg lunch kt kampung ku yang tercinta :)
taraaaa!
ada cik siti fatimah lah pulak!
habis lah kantoooiii.
nasib baik geng dia pn amy takde,
kalau tak mesti aku kene bahan kaw2 kat kedai tu.
ingatkan aku kene berdepan ngn cik siti je,
en ezwan lak muncul tibe-tibe!
aku buat slumber je la dalam hati dok cover2 gak..
selamat lah aku dah abes, takde la kene bahan. muahaha
ni yang susah jadi selebriti,
mana pergi ada je orang tau,
pergi dgn sape pun jadi perhatian,
susah lah hidup macam ni. wakakaka
perjalanan balik kami tempuhi seperti pemandu-pemandu yang lain,
tak berapa kurang ajar tak lah berapa berhemah sangat,
sederhana lebih penting!
kami berbincang pasal kereta,
abang sayang saya nak beli kereta tahun depan,
alhamdullilah,
ada kemajuan dalam diri untuk maju dalam hidup,
satu titik permulaan yang bagus dah tu,
dia kata nak beli second-hand,
tak kisah lah berapa hand pun,
itu dah lebih bagus dari tak ada langsung,
dia kata nak yang kecik-kecik je,
berbeza dgn saya,
saya nak kereta yang besar,
yg boleh muat ramai orang,
walaupun saya lebih suka memandu sendirian,
tak payah lah kereta mewah-mewah sbb duit saya tak cukup pun,
kita cakap pasal kereta buatan malaysia je,
sy prefer persona elegance!
takpun saga SE (save tu)
abah kata "MyVi / Persona will be ok for u"
mana-mana pun boleh lah bah. TAK KISAH!
sbb saya tau saya selalu dapat ape yang saya tak nak.
cik abang saya pulak nak KELISA.
what? kelisa? yes guys ! kelisa ok!
terus saya terbayang amal,
amal ok la sbb amal perempuan
cik abang saya lelaki, tinggi, taff lagi
tak macam pelik ke??
Lelaki sesuai pakai kereta besar-besar sikit,
macam persona, saga baru tu ke, gen-2, waja, wira, PERDANA V6 ke takpun INSPIRA??
INSPIRA pun boleh kan bang? kan3x? hehehe
tapi tak kisah la mana-mana,
ni permulaan bagi dia, biar dia beli mana yang dia suka dan mampu,
saya cuma bagi cadangan je :)
dah sampai kelana jaya,
abang sayang sy boleh sesat lah pulak,
dah la cuaca panas,
sabar je la,
kang cakap banyak kene penampar,
dia punya tempat, dia yg tak tau jalan mana..
tp memang nasib dia lah harini,
lalu kat kawasan-kawasan rumah yg lawa-lawa,
memang tak selamat lah hidup dia. haha
rumah yang paling besar yang paling cantik,
rumah tu jd pilihan aku,
so abang sediakan duit yang cukup ok.
su main juta-juta je sekarang ni!
sampai rumah,
muka aku sangat panas,
hidung pun panas,
terus berlari ke dapur,
bukak peti ais,
NAH! minum air sampai tak ingat dunia dah.. hehe
ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan anda pada hari ini. Sekian, terima kasih =)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.