bila saya tgk baby, hati saya jadi tenang,
saya rasa bertanggungjawab kt baby tu,
walaupun baby tu bukan anak saya..
Bila dukung baby,
saya tak rasa penat pun,
seronok layan kerenah baby,
tersenyum meleret bila tengok diorang bagi respon..
Ada orang tak suka bila baby menangis,
tapi saya suka,
sebab saya rasa itulah anugerah tuhan yang tak terhingga,
Tapi..
Kenapa ramai orang nak buang bayi ??
suka-suka je buang sana buang sini,
sedangkan orang lain terlalu menginginkan seorang anak,
sampai saya pernah cakap
"pehal dia buang baby tu?? kalau taknak bagi aku!"
Tak cukup dengan kes buang bayi,
ada pulak yang mendera kanak-kanak,
pukul sampai lebam, patah tangan patah kaki, sampai meninggal pun ada,
Ish3x..
mesti otak diorang ni ada something wrong somewhere ni,
atau lebih dikenali sebagai gila!
Manusia-manusia kejam macamni tak patut hidup,
Dalam usia 20thn ni saya pernah terfikir nak ambil anak angkat,
saya akan jaga dia dengan penuh kasih sayang,
saya akan beri dia pelajaran & kehidupan yang terbaik,
tapi...
saya tak mampu,
saya belum ada pendapatan yang boleh menampung hidup anak tu..
Bila saya dah berjaya nanti, ada duit banyak,
tak mustahil saya akan ambil ramai anak angkat
dr golongan anak yatim dan bayi yang terbuang,
saya nak besarkan mereka biar mereka boleh melihat dunia,
dapat rasa kehidupan yang sempurna & menjadi anak yg soleh & solehah,
Yang menjadi persoalannya kini,
Mampukah saya menjadi seorang ibu yang baik suatu hari nanti?
![]() |
| My baby alisya =) |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.