nenek saya nak datang harini. hehe.
mesti pelik kan, selalu cucu datang rumah nenek, ini nenek datang rumah cucu.
setiap kali nenek saya nak datang,
saya mesti pening kepala,
pening kepala sebab menunggu,
nenek kalau bawak kereta BAPAK SLOW!
berhemah sungguh!
sangat lah berhati-hati,
pedal minyak tu static je, macam tak tekan.
Kalau saya naik kereta dengan nenek,
perjalanan dr sungai buloh --> shah alam yg mengambil masa 30 minit boleh jadi 1jam lebih.
dah lah pasang radio klasik nasional,
Fuhhh memang bosan + mengantok.
Kalau ada lori tu tabah je la nenek nak follow dr belakang,
ada can potong pun dia taknak potong.
Pernah sekali dia suruh saya hantar dia pegi Giant kat Putra Height,
saya bawak kereta dia,
saya tak biasa bawak auto, dah selalu bawak manual,
saya tekan sikit je nenek dah cuak,
"eh slow sikit slow sikit"
pergh tension nya hidup,
amik side sikit pun nenek kata,
"eh jgn tepi sgt nnt langgar divider"
masa nak amik lesen pun tak macam ni tau..
Dah la kereta dia selalu berkilat,
tak pernah nampak kereta nenek kotor,
betul-betul sayang dia kat kereta dia tu..
p/s : kalau saya ada kereta pun mungkin saya akan jadi macam nenek =) Pehh lambatnya nenek nak sampai...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.