org lain dah 3 bulan kat sekolah,
dia baru hari pertama..
ok, camni ceritenyer..
dia sekarang 5 tahun,
mak & abah nak masukkan dia tadika bila dia 6 tahun,
katanya tak nak masukkan awal2,
nnt dia cepat bosan,
lagipun tadika yang bagus jauh,
nnt takde sape nak amik dia balik tadika,
tadika biasa2 ade je dekat2 dgn area rumah,
tp nanti ape je yg cikgu tu ajar,
budak2 nye pun nakal2,
mak pulak nak masukkan dia tadika yg basic english,
kan ada banyak tadika sekarang,
ada tadika islam la and macam2 lagi..
aku kurang bersetuju bila parents aku nak masukkan farid tadika bila 6 thn,
biarlah dia masuk awal,
nanti dia boleh belajar bergaul dgn kawan2,
belajar sesuaikan diri dengan tempat baru,
belajar menguruskan diri sendiri,
belajar benda-benda basic setakat pegang pensil dgn colour2 pun dah cukup bagus,
bagi dia biasa dgn benda baru je dulu..
kebetulan,
sekolah yanie [SK Seksyen 27(2)] ada pra-sekolah
ingatkan dia amik budak 6 thn je,
aku suruh mak g try tanya kot2 dia amik bdk 5 thn,sbb masa aku sidai kain aku ada ternampak budak2 lari,
sume kecik2 je,
kalau 6 thn tinggi sikit, ni sume pendek2,
mak pun ikut lah g tanya,
and yes dorang amik jugak bdk 5 thn,
tersenyum lebar aku..
Farid akan masuk sekolah =)
semalam,
aku bawak WLC 9535 g jenjalan. hehe.
da dapat greenlight dr maam beso,
tu pun sbb dia suruh aku g cari baju farid,
farid seronok betul nak masuk sekolah,
suruh belikan beg la, pensil la macam2,
aku belikan dia baju putih, tracksuit, kasut & stokin,
comel je saiz dia sume saiz yg paling kecik. haha.
excited sgt,
awal2 lagi aku dah gosokkan baju & siapkan beg sekolah dia,
masa aku siapkan beg sekolah dia,
dia duduk sebelah aku,
dia tengok je apa yg aku masukkan dalam beg dia,
tibe2 hati jadi sayu,
aku pegang bahu dia and cakap
"ayed belajar pandai2 ye"
agak2 dia paham ke ape aku cakap. hahahha
penah aku tanya
"farid da besar nak jd ape?"
"ayed nak bwak kapatebang (kapal terbang)"
bagus cita2 kau yed, kau lah perintis cita-cita along yg terbantut dulu. wakakaka
mak hantar dia pegi sekolah,
aku ambik dia balik,
pukul 12 dia keluar,
11.45 aku dah tunggu depan sekolah,
tercari2 mana la budak baju putih beg wane wani neyh..
sume pendek2.. adoii comel nyerr..
then aku nampak ada bdk baju putih ngn baju purple tgh bincang2,
pastu bdk baju purple tu tarik beg bdk baju putih macam dia nak mengajak pergi suatu tempat,
DAMN ! bdk baju putih tu adik aku rupenya,
aku perhatikan je kelakuan dua2 tu,dalam hati sempat lagi kata
"oiii asal tarik2 beg adik aku ni, nak buli ea..?? siap kau !!"
pikir balik,
alah budak2, nak bergurau agaknya,
aku tgk farid pun rilek je,
aku lak yg nak hangin nape. haha
bila farid pusing dia nampak aku terus dia senyum,
aku pun sengih2 je pandang dia,
"meh along bwkkan beg"
"beyat ah beg ni" (pelat)
dalam hati " eleh berat apenya, pensil box ngn buku seketul je pun" hahaha
"best tak sekolah?"
"besh"
"belajar ape tadi?"
"tade bajar pape, main2 je"
"ha..? tak belajar pape? main je?"
"ada kaler2. tadi ade haijadi (harijadi), ayed makan kek"
"oh, harijadi sape?kawan sape nama?cikgu ada marah tak?"
"tak au haijadi shape, name kawan pun tak au.. chikgu tak mayah, chikgu bayik"
"ada budak tolak2 ke buli ayed ke, ade?"
"tade"
"ayed makan ape tadi masa rehat?"
"makan mee dgn kokan (coco crunch)"
bagus betul la adik aku yg sorg ni,
sampai2 rumah je,bkk stokin letak elok2 dalam kasut,
susun kasut kat tempat kasut,
bukak beg terus mandi,
kalau yg lagi dua tu (afiq & yanie)
hampehh sgt,balik je kasut kemana stokin kemana beg pun campak2,
tak bukak baju lagi dah mengejar tv ngn nasi !
lepas dia mandi,
sebagai kakak yg mithali,
aku bg dia pilihan bukan arahan sbb dia kecik lagi kan,
taknak terlalu berkeras sgt,
"ayed nak tido dlu ke nak belajar dulu?"
"tanak tido"
"ayed taknak tdo? nak belajar dlu? bagus lah ayed ni"
"tanak tido, tanak bajar, nak main game dlu. pas main game, nak tdo.. malam bau bajar, buleh?"
bertuah punya budak !!! hey sabo je ler aku..
![]() |
| melawan taknak pakai topi, tp aku paksa jugak. tengokla cara dia pakai, ntah macammana dia nak tgk jalan pun tak taula |
![]() |
| habis sume yg ada dia sepak2 |
![]() |
| coming soon. Kapten Muhd Farid. |
![]() |
| kecik je dia.. |
![]() |
| kasut kecik, seluar kecik,baju kecik,beg kecik. COMEL sgttt.. |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.