aku memang terkenal dgn entry-entry basi,
bukan pemalas nak update blog tp takde masa,
aku sangat busy. cehh bongkak giler. wakakakka
excited giler babeng aku nak pegi langkawi..
sbb tak pernah pegi,
tapi kalau pegi ngn buah hati pengarang jantung lagi syioookk..
aku tido lambat melayan kerenah cik abang..
tapi tak pulak liat nak bangun pagi..
wakakaka.
selalunya kalau bab bangun pagi ni muka aku lah yg paling dibenci oleh seisi rumah,
letak lah bom sebelah aku pun aku taknak bangun..
aku takleh dipisahkan dengan tilam & bantal ku.
ok stop cte pasal tilam & bantal...!
ni bukan rancangan wanita hari ini (WHI ada segmen tilam & bantal,atau lbh dikenali dgn segmen rmh tangga)
Kiteorg naik BJM mak mcm tin sardin..!!!!
tak bawak WLC abah sbb abah takut keretanya hilang / diapa-apakan org yg tidak bertanggungjawab,
kan nak park kt airport, mcm la guard tu nak jaga kete abah sorang jek.
so rela or tak rela, terpaksa naik kete mak.
again.! kete mak..!
aku tanya kt abah,
"kalau kete mak hilang mcmmn..?"
"kete mak kau hilang takpe. Tapi ada ke org nak curi kete mak kau tu.??"
wahhhhh, kecik hati BJM nnt.. kete tu banyak berjasa tauuuuuuu..!
sampai airport, buat muka bodo, amik2 gambar macam jakun.
naik flight, aku rasa paling kecoh family aku je la kot..
aku paling suka masa nak naik tu,
dia speed baik punya..
mula-mula aku ddk tepi tingkap,
pastu black ni dengki dia menyibok2 plk nak dok tepi tingkap,
aku rasa nak bukak je emergency door tu nak buang dia ke bawah..!!!
dah lah aku rasa mual-mual nak muntah,
tapi tak muntah ok..
| candid ! anda boleh lihat betapa peningnya saya.. |
| acah je. tak muntah pun. hehe |
dah sampai atas, telinga rasa mcm nak pecah,
tapi aku tak gayat.. wahhhhh bangga ..!
aku dok usha je muka stewardess tuh,
kalau lah aku dapat jadi stewardess..
layaaaannnn siot, pastu dapat lak bf pilot..
fuhhhh mantooooppp seyh =)))))
turun flight,
aku bisik kt mak,
"mak, aya nak jd pramugari boleh tak?"
"tak payah berangan, ko rabun mana boleh"
hancur hati ku..
sampai langkawi,
mak aaaiiii, panas giler,
mcm kat neraka dah ( mcm aku penah rasa je) hukhukhuk
tp serius panas, unisel pun tak panas mcm langkawi..
kiteorg g makam mahsuri and banyak tempat lagi la..
tp farid demam, sian dia..
demam tak demam, perjalanan harus diteruskan,
buat pertama kali dlm hidup aku,
aku tak satu bilik dgn parents aku..
wahh amannya hidup aku =))))
selalunya, abah & mak mesti amik 1 hotel yg ada 2 bilik,
tp kt langkawi sbb ikut pakej,
so ada dua bilik asing2..
yes, nyaman & bahagia aku di saat itu,
boleh la bergayut dgn abg (cehh, padahal aku tido awal)
tp 1 jelah yg aku takut,
al-maklumlah, aku ni kan paranoid..
aku dok membayangkan bermacam-macam jenis hantu yg wujud kt hotel tu,
sampai tak lena tido asyik terjaga pandang kiri kanan, atas bawah pastu tido blk.
hari pertama,
macam biasa je jalan sana jalan sini,
usha2.. hihihi
hari kedua,
naik cabel car, fuhh tinggi giler,
abah tu perut je beso tp dia la plg penakut,
aku pun takut jgk,
eh bukan takut, gayat je (taknak ngaku)
pastu dah turun kt geopark ntah kebenda nyer tu,
ada lah plk sorg pakcik ni bawak ular sawa,
besar, bulat, hijau, err nak kata comel boleh tahan lah..
dah la aku ni tak boleh tgk ular,
tak tau la kenapa, dlm keluarga zainal abidin ni aku sorg je yg lebih tertarik kpd ular,
yg lain sume tak berani & geli geleman,
kapla yg plg penakut En Zainal Abidin b Ismail
msti terkejut kan, nampak je beso, gagah, muka ketat, garang, tegas, kuat,
tp takut ular..
nak amik gambar kene bayar rm10,
abah terus la offer aku,
dlm hati selamat duit aku
dgn gembira nya aku ddk dan
| balik terus tampal koyok, sakit tengkuk dibuatnya.. giler berat.. |
| ular ni panjang lagi sebenarnya, rasa nak mrh je kt photographer, amik gambar ular tak penuh. |
| kebetulan ada abg2 polis lalu, terus buat2 tak larat nak angkat.. huhuhu |
| aku dicabul oleh seekor ular..? agak kurang ajar ko cik lar.. aku soh pandang camera ko pandang lain ea.. |
pegi telaga 7 mendaki mcm nak tercabut lutut aku,
aku selalu kata afiq lembab,
tp aku malu dgn diri sendiri,
sbb afiq rileks je naik & tinggalkan aku jauh kt bwh,
aku heran betul,
asal dia rileks je naik mcm naik lif,
tak tercungap2 langsung,
sedangkan aku macam nak tercabut dah nyawa,
padahal baru suku tangga. muahahhahaha
dgn berbekalkan semangat & doa. cehhhh
akhirnya aku berjaya jugak naik ke atas,
setelah bersusah payah, abah tk jadi naik, terus sakit lutut..
selang sepuluh minit waktu tu aku tgh ddk2 tepi kolam,
| ni lah telaga 7 nya.. |
aku berpaling & terkejut.. kenapa..?
sbb aku nampak abah dah terduduk kt tepi tangga,
wah abah berjaya naik atas..!!!
rasanya td abah dah surrender awal2 da, padahal baru 15 anak tangga,
aku ingtkan dia trus trun,
rupenya abah tercabar dgn sorg pakcik tua,
pakcik tu rileks je,
abah kata kalau dio buleh naik, knapo eden tak buleh..
dgn rsa tercabar tu la abah menggagahkan diri mendaki 276 anak tangga..
muahahahhaha.. abah sangat lah hebat..!
aku dpt membayangkan mcmmn abah naik tangga tu sorg2,
mesti tercungap-cungap, daku meleser je kt pemegang tangga.. hakhakhak
nak naik pun mencabar, nak turun pun mencabar,
ada ke patut, kiteorg kene serang dgn beruk..
ciss bedebah..!
td naik aku tak nampak sekor beruk pun,
tibe2 time turun ada dlm 30 ekor dok kejar kiteorg,
lintang pukang kiteorg lari,
nasib baik abah ada..
kalau abah takde, mau terkencing2 aku dlm seluar kene kejar.. hihihihi
suhu badan ayed makin panas,
kesian pulak kt dak kenit tu
| dah macam askar jepun dah.. |
kiteorg balik bilik,
tgh sedap2 landing,
abah call soh siap, nak g hosp hantar farid..
akhirnya aku landing kt sini.!
| Hospital Langkawi |
| Cedera Parah selepas pendakian ke telaga 7.. gagagagga |
kiteorg jalan-jalan g pantai cenang,
perghhhh.. perrghhh.. perggghhhh..
cantiknya pantai dia, biru je.
fuhh tak payah g jauh2 nak honeymoon nnt,
dtg pantai cenang je dah rasa mcm kt luar negeri =)
| cantik kan pantainya.. nak bodek abang ar dtg sini honeymoon. hakhakhak |
kiteorg g tgk pertunjukkan ular,
ular lagi..
nak wat cmner, dah aku suka ular.. hihihi
time sampai tu,
ada la minah salleh ni menangis dtg kt kiteorg,
dia kata tak payah lah masuk, banyak ular yg dh mati, tempat kotor tak berjaga
memalukan nama negara betul la.!
tp kiteorg dah sampai kan,
takpelah, masuk jela tgk,
betul ke kata minah salleh tu..
mmg tempatnya agak kotor, dan tak berjaga,
mungkin jugak dia sengaja biarkan tempat tu mcm tu.
sbb nak wujudkan suasana dlm hutan, mana kita tau kan..
tp paling tak tahan, tempat ular tak dijaga,
bersihkan lah, ini ular dah salin kulit pun tak dibuang,
pastu ada plk burung sesat mati dalam cermin ular tu pun tak dibuang,
agaknya dia pun takut nak bersihkan,
silap2 dia plk yg kene ngap. haha
tak banyak pun ular yg ada,
aku nak tgk "king cobra" baru best..
ada abg buat pertunjukkan ular,
rasa cm nak belajar je ngn abg tu,
mana tau aku nnt leh cium "king cobra" ke kan.. yeehhaaaa..
| boleh bela 1 tak..? |
| aku plg suka ular ni sbb dia taknak lepaskan kaki aku, sampai abg tu piuh2 ekor dia soh lepaskan. aku ingtkan kalau dia taknak lepaskan, aku nak bawak balik terus.. |
| muka cover geli.. |
| tak leh blah muka, dah tau geli nak pegang gak.. |
kteorg pusing2 lagi pastu lunch and balik shah alam..
masa kat airport aku jumpa dato malik mydin, dato azhar mansor ngn
Tun Mahathir bukan Tun bariq ye.!
terkesima sekejap sbb tak perasan dia lalu depan aku sambil senyum2..
itu jelah yg dpt diceritakan..
tunggu sambungan langkawi 2 lagi 5/6 tahun akan dtg.
muahahahhahahahahha

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.