aku kelam kabut kemas barang nak balik kuantan,
kiteorg balik malam, wah seronok gilerrrr..
sejuk je, dah lama tak jalan malam..
along awie & along sipah (sharifah) buat majlis utk baby Qaisah,
masa 1st time aku tgk Qaisah,
air mata aku mengalir, hati aku sebak..
kenapa dia dilahirkan begitu..?
tp aku tau, itu takdir tuhan..
dia terlalu kecil utk tahu keadaanya..
aku terbayang masa depan dia nnt..
dia seorang baby down sindrom,
mungkin faktor umur menjadi penyebab utama,
sbb along sipah lahirkan Qaisah masa umur dia 40thn..
pagi sebelum start majlis,
Qaisah merengek nak susu,
then aku pun bagi lah susu,
susu botol ye tuan-tuan & puan-puan,
bukan susu badan..!
masa tu along sipah tgh makan,
sempat lagi dia mengusik,
"practise long practise"
aku pun senyum2 kambing la kan.. malu la konon. ceyyyttt..
dengan slamber badaknya along sipah leh ckp
"boyfriend pemain bola ye long..? main bola negeri sembilan ke ape..?"
tersedak terus aku, dah la mak ada masa tu, abah plk kt luar tp aku pasti sgt yg abah pun dgr,
tp dia buat2 tak dgr je..
pemain bola negeri sembilan..? taknak femes lak aku bercinta ngn pemain bola NS..
yg aku pelik, asal sume dok kata yg abg tu pemain bola..? dak2 ofis ckp cmtu, member2 pun ckp gitu, dah sah2 album tulis ragbi bukan bolasepak..
pastu mak pun menyampuk
"bukan main bola, main rugby"
wah2 rancaknya korang bercerita psl aku kan.. ingtkan dah stop dah, rupenya tak puas hati, tanya lagi
"umur dia berapa thn long?"
"sama lah, sebaya" ( kelat2 je aku menjawab, takut abah mengamok)
nasib baik lah mak cover,
dia buat Ssshhh kat along sipah sambil tunjuk2 kat luar
then along sipah cakap
"nape..? paksu marah ke?"
mak balas,
"dia tak marah, cuma dia taknak la bercinta2 time blaja ni"
adehhhh, kontroversi betul percintaan aku dgn En. Mohd Amir Hadafi ni,
dulu aku bercinta ngn sape2 takde kecoh pun mcm skg..
ni asal aku blk rmh sedara mara sume dok tanya,
issshhh seriau aku nak menjawab soalan-soalan panas diorang tu..
tapi nasib aku baik skit lah dr black,
dia lagi kesian,
time kat telok chempedak,
abah borak2 dgn mak,
ckp psl ape ntah,
kiteorg psg2 telinga je,
dgr abah ckp
"lelaki biar tinggi dr pompuan, nnt pompuan plk yg nak berkuasa"
mak dgr sepantas kilat cuit belakang black and kata
" ha ko dgn firdaus tu, dia lagi rendah dr ko"
muka black yg hitam2 tu bertukar jd merah,
aku terus pandang abah,
aku tau black dah cuak,
aku pun terkejut jgk mak leh ckp camtu dpn2 abah,
menempah maut betol,
tp abah rilek je,
aku tau abah dgr tp dia cover2 mcm tak dgr,
abah selalu mcm tu..
tak senang ddk black lps tu,
aku pun berjaga2 je la,
kot2 mak nak petik nama aku ngn abang sekali ke kan..
haiisshhh, dah lari topik dah ni,
aku nak cite pasal majlis qaisah bukan kisah aku..
berbalik pada topik asal
majlis untuk meraikan Qaisah berjalan dgn lancar,
Alhamdullilah..
ni ada sikit gambar masa majlis tu..
| kalau abg nak tgk muka bini abg dlm pantang nnt, dia lebih kurang mcm ni la. haha |
| dah macam makcik tua dah aku.. |
Walaupun dia tidak seperti bayi-bayi lain,
tidak seperti Alisya,
namun aku ttp sayangkan dia
Nurlisa Qaisah,
pemberian tuhan yg paling berharga,
pasti ada hikmah disebaliknya..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.