tuhan menciptakan hambanya berpasangan,
dan kita selalu dipertemukan dengan orang yg salah sebelum kita dipertemukan dgn jodoh yg sebenarnya..
kenapa..?
supaya kita sedar kelemahan kita dan,
kita diberi peluang untuk berubah menjadi yg lebih baik dr yg sebelumnya..
menjadikan kisah lama sebagai pengajaran,
membimbing kita menjadi lebih matang menghadapi hari-hari yg seterusnya tanpa mengulangi kesilapan yg sama..
menemukan kita dengan pelbagai jenis manusia,
supaya kita bersedia dan menghargai keistimewaan seseorang itu..
tapi kenapa kita jadi alpa..?
alpa dengan keseronokan nafsu,
alpa dengan kecantikan diri seseorang,
alpa dengan kemewahan,
alpa dengan pujuk rayu & godaannya..
cinta sejati mematangkan fikiran,
cinta yg palsu membawa kepada kekecewaan..
mengapa begitu sukar untuk seseorang itu menghargai cinta yg diberikan?
mengapa begitu payah seseorang itu melafazkan kata maaf dengan seikhlasnya?
mengapa berulang kali jiwa ni dihimpit kekecewaan?
dan mengapa aku terus-terusan diuji sebegini??
kau gembira melalui hari-hari yg mendatang bersama teman-temanmu,
sedangkan aku hanya berteman airmata dan kekesalan yg sentiasa menghimpit perasaan..
jika sedetik hatimu diburu keresahan,
itu tandanya aku sedang menangis dalam kerinduan dengan seribu harapan kau juga akan merinduiku..
walau sejuta wanita yg kau temu,
walau begitu indah cinta yg kau terima,
percayalah,
cinta nya tak akan sama seperti cinta ku padamu..
kau melihat terus ke matanya,
namun,
kau tak akan dapat lihat sinar yg kau lihat dimataku..
kalau dia mampu bersabar dengan kerenahmu,
mungkin kesabarannya tak setinggi aku..
kalau dia mampu memahami mu,
mungkin cara dia menenangkan jiwamu tak seperti aku..
kalau dia mampu membuat kau tersenyum,
mungkin senyuman yg kau lihat tidak seikhlas senyuman yg ku berikan padamu..
jadi bagaimana cara kau menafsirkan cintamu kepadaku selama ini?
hanya dengan mendiamkan diri dan berharap aku sentiasa mencari mu,
tanpa kau sedar bahawa perlahan-perlahan kau telah menyeksa jiwaku,
seperti yang pernah aku katakan dahulu,
aku tidak jemu untuk mengalah,
tapi aku juga punya perasaan sepertimu,
aku tak sanggup terus-terusan diperlakukan begini,
kerana cinta aku tidak semurah itu dan tidak layak untuk terus mengalah..
p/s : tuhan temukan lah aku dengan ketenangan, berikanlah aku kekuatan, lapangkan dada & jiwaku supaya aku dapat bertahan menghadapi ujianmu..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.